Bau busuk dari mesin basuh rungkai misteri kehilangan budak 4 tahun

Bau busuk dari mesin basuh rungkai misteri kehilangan budak 4 tahun

Bau busuk dari mesin basuh rungkai misteri kehilangan budak 4 tahun.

Misteri kehilangan seorang budak lelaki berusia empat tahun akhirnya terjawab selepas mayatnya ditemui tidak bernyawa di dalam mesin basuh di rumah keluarganya di Manila, Filipina.

Mangsa, Prince Grey Mondero dipercayai didera oleh bapa saudaranya, Patrick Sucgang yang berusia 15 tahun.

Difahamkan, Sucgang ditugaskan untuk memantau dan menjaga Mondero pada hari kejadian, namun remaja itu mendakwa kanak-kanak berkenaan hilang ketika bermain.

Bau busuk dari mesin basuh rungkai misteri kehilangan budak 4 tahun

Susulan itu, keluarga mangsa membuat laporan polis mengenai kehilangannya.

Tanpa diduga, dua hari selepas kehilangan Mondero, ibu Sucgang terhidu bau yang sangat busuk datang dari bilik anak remajanya itu.

Selepas diselidik, bau tersebut rupanya berpunca dari sebuah mesin basuh yang sudah tidak digunakan dan ditutup dengan kain serta buku di atasnya.

Alangkah terkejutnya wanita itu apabila dia menemukan mayat Mondero di dalam mesin basuh berkenaan.

Sucgang yang menjadi suspek utama kemudian disoal siasat oleh polis di mana remaja itu akhirnya mengaku melakukan jenayah tersebut.

Dia didakwa di bawah Akta Anti-Penderaan dan Eksploitasi Kanak-kanak. Bagaimanapun disebabkan umurnya masih muda, perbicaraan ditangguhkan sehingga dia mencapai usia 18 tahun.

Dia kemudian dihantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Bandar.

Sucgang dikatakan sering menonton dokumentari mengenai seorang pembunuh bersiri terkenal di Amerika, Jeffrey Dahmer.

Baca Lagi:
Peneraju MR.DIY tersenarai dalam 10 hartawan terkaya di Malaysia
Pemandu e-hailing dirakam asyik usap kemaluan ketika bawa penumpang
“Papa dan mama meninggal pergi kerja” – Jawapan murid tahun 1 buat cikgu nak panjat tiang bendera
CATEGORIES