‘Batu Bersurat’ tertua di dunia ditemui semasa penggalian kubur

Photo of author

By Syima Iza

‘Batu Bersurat’ tertua di dunia ditemui semasa penggalian kubur. Kejadian di Norway, sekumpulan ahli arkeologi menemui batu bersurat tertua di dunia yang berusia lebih 2,000 tahun.

Menurut mereka, batu inskripsi itu berasal dari zaman awal sejarah penulisan bahasa runic yang misteri dan batu bersurat tersebut adalah blok batu pasir berwarna coklat dan berbentuk rata serta bersaiz segi empat sama.

Lebih mengejutkan, perjumpaan batu ini mempunyai ukiran tulisan yang mungkin adalah perkataan terawal yang direkodkan secara bertulis di Scandinavia.

'Batu Bersurat' tertua di dunia ditemui semasa penggalian kubur

Seorang profesor dan budaya dari Universiti Oslo, Kristel Zilmer, berkata penemuan ini akan memberi kita banyak pengetahuan tentang penggunaan batu bersurat pada awal Zaman Besi.

“Ini mungkin salah satu percubaan pertama untuk menggunakan batu bersurat di Norway dan Scandinavia di atas batu,” katanya kepada The Associated Press.

Batu bersurat ini dipercayai telah ditemui pada tahun 2021 sewaktu penggalian kubur berhampiran Tyrifjord, barat Oslo.

Walau bagaimanapun, faktor utama penemuan ini diumumkan pada tahun ini adalah kerana tempoh untuk menganalisis dan tarikh batu bersurat itu.

Hingga ke masa ini, sebenarnya batu yang digelar sebagai batu Svingerud sempena nama tapak yang ditemui itu masih banyak penyelidikan yang perlu dilakukan.

“Tanpa ragu, penemuan ini memberi pengetahuan berharga tentang sejarah awal penulisan runic,” kata Zilmer.

Batu bersurat itu akan dipamerkan selama sebulan, bermula pada 21 Januari, di Muzium Sejarah Budaya, yang turut mempunyai koleksi artifak sejarah terbesar Norway dari Zaman Batu hingga zaman moden.

baca lagi :
Kuala Lumpur lagi selamat, moden dari New York kata pengembara Amerika ini
Pemandu mabuk rempuh Toyota Vios, 2 kanak-kanak perempuan cedera parah
Awas trend baru Tiktok, 25 kanak-kanak cedera makan gula-gula ‘Nafas Naga’