Bas pelancong rempuh kondominium, lima kereta rosak teruk

Bas pelancong rempuh kondominium, lima kereta rosak teruk

Lima kenderaan yang diparkir di sebuah kawasan kondominium di Alam Damai, Cheras di sini, rosak selepas dirempuh sebuah bas yang terbabas dalam kejadian pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam, lima kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu adalah dua Perodua Myvi dan masing-masing sebuah Perodua Viva, Toyota Vios serta Honda HRV.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintendan Suffian Abdullah, berkata polis menerima laporan kejadian pada jam 11.55 malam.

Bas pelancong rempuh kondominium, lima kereta rosak teruk

“Hasil siasatan mendapati bas yang dipandu oleh lelaki berusia 33 tahun itu dalam perjalanan dari Pulau Pinang menghala ke lokasi penginapan penumpang di kondominium berhampiran. Semasa menuruni susur berhampiran lokasi kejadian, bas dipercayai hilang kawalan dan terbabas melanggar beberapa kenderaan lain yang sedang diparkir,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Suffian berkata, seramai 31 penumpang yang terdiri daripada 11 lelaki dan 20 wanita berada di dalam bas tersebut tidak mengalami kecederaan.

Bagaimanapun, katanya, kemalangan tersebut mengakibatkan kabel elektrik terputus dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah dimaklumkan untuk tindakan lanjut.

“Ujian kandungan alkohol dan saringan air kencing dilakukan terhadap pemandu bas namun didapati negatif kedua-duanya,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN166/59.

Baca Juga:
Pesohor TikTok roboh rumah selepas suami ‘kantoi’ curang
Apa dah jadi dengan bola sepak Malaysia?, kali ni penyokong JDT pula yang kena
Lelaki warga asing cabul budak perempuan 2 tahun di medan selera
CATEGORIES