“Baru sikit tu tentera dari Allah”- Tentera Israel diserang ratusan tebuan hingga masuk ICU

Photo of author

By Syima Iza

Satu peristiwa luar biasa berlaku apabila 12 askar rejim Zionis cedera selepas disengat sekumpulan tebuan dalam kejadian di selatan Genting Gaza pada Jumaat lepas.

Pusat Perubatan Sheba di Tel Aviv memaklumkan bahawa 10 daripada mereka dimasukkan ke dalam fasiliti itu, termasuk seorang yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU). Insiden ‘serangan tebuan’ itu berlaku semasa operasi yang disertai oleh Briged Divisyen Selatan di sempadan wilayah Gaza.

“Sebuah kenderaan berperisai telah merempuh sarang tebuan, menyebabkan beberapa ahli tentera disengat oleh ratusan tebuan dan mengalami reaksi alergi. Doktor di hospital tersebut belum pernah menghadapi situasi serupa.

"Baru sikit tu tentera dari Allah"- Tentera Israel diserang ratusan tebuan hingga masuk ICU

“Unit ICU, anestesiologi, toksikologi, dan pakar mata telah diarahkan untuk merawat kumpulan mangsa cedera,” menurut laporan media tempatan.

Sementara itu, laporan lain yang dikeluarkan oleh akhbar Haaretz mendedahkan data sehingga 11 Mei menunjukkan bahawa 10 anggota Pasukan Pertahanan Israel (IDF) telah membunuh diri sejak Perang Gaza bermula pada 7 Oktober yang lalu.

“Kebanyakan kes melibatkan askar yang lebih muda, tetapi ia telah memberi kesan psikologi yang besar kepada anggota IDF secara keseluruhan.

“IDF kini terpaksa mengendalikan kecenderungan bunuh diri di kalangan askar mereka, termasuk dalam pasukan simpanan yang berusia antara 30-an dan 40-an,” jelas laporan itu lagi.

Ia juga mendedahkan penemuan mayat seorang anggota dalam kereta mereka sendiri, yang dipercayai telah menembak diri sendiri, dua minggu selepas Perang Gaza bermula.

Menurut data yang sama, lebih daripada 630 anggota IDF dilaporkan terbunuh semasa menyertai kempen pencerobohan ke atas Gaza.

Baca Juga:
“Lelaki handsome bila ada?”- Rata-rata jawapan golongan wanita semua sama
‘Selamat hari ibu, maaf hanya mampu bawa mak pergi kedai Eco RM2’
Penunggang motosikal pecahkan cermin sisi Ativa dikecam orang ramai