Baru puas hati makan nasi lemak, 7 bungkus RM410 jadi bualan netizen.
Nasi lemak sememangnya salah satu menu sarapan pagi yang menjadi pilihan ramai kerana rasanya yang sedap dan mengenyangkan.
Ada orang lebih suka makan nasi lemak biasa bersama telur goreng atau sambal paru. Namun, ramai peniaga kini telah memvariasikan lauk-pauk yang boleh dimakan bersama nasi lemak.
Antara lauk yang ditawarkan termasuk sotong sumbat, rendang daging, sambal kerang, dan pelbagai lagi. Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan pelanggan membeli nasi lemak berharga RM410, yang telah mengundang perbualan di kalangan netizen.
Menerusi video yang dikongsi oleh @juraidamamad2 di laman TikTok, kelihatan wanita yang dikenali sebagai Umi Nasi Lemak sedang membungkus nasi lemak untuk dua orang pelanggannya.
Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah jumlah keseluruhan harga nasi lemak pelanggan yang berasal dari Besut, Terengganu itu mencecah sehingga RM410.
Difahamkan, harga tersebut adalah bagi tujuh bungkus nasi lemak serta lauk berasaskan seafood yang dipilih oleh pelanggan berkenaan.
Pelanggan tersebut membeli dua ekor nasi lemak lobster, dua sotong bersaiz besar, tiga ekor udang, telur ikan, dua ketul ayam goreng, dan sambal telur puyuh. Harga bagi dua ekor lobster yang dipesan oleh pelanggan itu bernilai RM180.
Susulan tularnya video itu, netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenainya
@juraidamamad2orang besut sila hadir🦑🦑🦑🦞🦞