Baru kenal di gimnasium kena liwat di kondominium

Baru kenal di gimnasium kena liwat di kondominium

Tindakan seorang lelaki warga asing yang menerima pelawaan kenalan baru dikenali di gimnasium untuk berbual di rumah bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dia diliwat di sebuah kondominium, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, mangsa berusia 25 tahun memaklumkan baru berkenalan dengan suspek warga tempatan di sebuah gimnasium pada Mac lalu.

Katanya, kejadian berlaku apabila suspek mengajak mangsa ke rumahnya untuk berbual sekitar pukul 5 petang.

Baru kenal di gimnasium kena liwat di kondominium

“Mangsa berjumpa suspek di koridor kondominium sebelum pergi ke rumahnya untuk berbual-bual. Sampai saja di rumah, suspek bertindak membuka pakaian mangsa, mula mencabul dan meliwat mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa tidak menjerit kerana tidak mahu jiran sekitar mendengar atau melihat kejadian yang boleh memalukan dirinya.

Shahrulnizam berkata, mangsa dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan pemeriksaan mendapati terdapat kesan koyakan pada dubur.

“Mangsa dibenarkan pulang selepas rawatan selesai dan sehingga kini belum ada tangkapan dibuat.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati dalam pergaulan bagi mengelakkan daripada berlaku perkara seperti ini,” katanya.
Baca Juga:
‘Amoi’ mahu pilih calon suami bergaji rendah raih pujian ramai
Air apa sampai RM89 sebotol? Beli kedai mamak jer pun…
Detik cemas 7 sekeluarga saling berpelukan sebelum maut dihanyutkan kepala air
CATEGORIES