Baru hari pertama di pusat asuhan, bayi tiga bulan ditemui maut tidak sedarkan diri

Photo of author

By Syima Iza

Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia pada hari pertama dihantar ke sebuah pusat asuhan kanak-kanak dekat Setia Alam di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan berkaitan kejadian dibuat bapa mangsa pada jam 2.31 petang.

“Siasatan mendapati mangsa dihantar kali pertama oleh bapanya ke pusat asuhan berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi sebelum dimaklumkan pengurus pusat berkenaan bahawa anaknya tidak sedarkan diri pada jam 10.30 pagi.

Baru hari pertama di pusat asuhan, bayi tiga bulan ditemui maut tidak sedarkan diri

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia setelah usaha menyelamatkan mangsa dijalankan,” katanya.

Menurutnya, bedah siasat dijalankan antara jam 12.30 tengah hari hingga 5 petang di Unit Forensik Hospital Shah Alam.

“Keputusan bedah siasat masih menunggu laporan daripada Jabatan Kimia.
“Selain itu, pemeriksaan dijalankan terhadap mangsa turut mendapati tiada sebarang kecederaan luaran atau dalaman,” katanya.

Mohd Iqbal berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang justifikasi berkaitan dengan kes ini sebelum siasatan selesai.

“Mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Naqiuddin Nawawi di talian 011-21112824,” katanya.

Baca Juga:
Jongkong emas, wang tunai milik usahawan wanita terkenal lesap, kerugian lebih RM3.5 juta
Hafiz tampil minta maaf, kongsi video cium Hajar Aswad bukan untuk riak atau takbur
Jejak kaki misteri bersaiz gergasi dipercayai milik ‘Bigfoot’ ditemui di pantai