Baru dua minggu beroperasi, KK Mart Sungai Isap Kuantan dilempar ‘molotov cocktail’

Baru dua minggu beroperasi, KK Mart Sungai Isap Kuantan dilempar ‘molotov cocktail’

Cawangan kedai serbaneka KK Mart lain di Sungai Isap Kuantan, yang baru dua minggu beroperasi, telah diserang dengan ‘molotov cocktail’ kira-kira jam 5.14 pagi pada hari Sabtu.

Menurut polis, semasa dua pekerja berada di dalam premis, tiba-tiba ‘molotov cocktail’ dilemparkan dari luar premis dan menyebabkan kebakaran kecil. Namun, pekerja berjaya memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api sebelum ia merebak.

Akibat kejadian tersebut, empat rak jualan termasuk beberapa barang jualan mengalami sedikit kerosakan. Pekerja KK Mart kemudian melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa.

Baru dua minggu beroperasi, KK Mart Sungai Isap Kuantan dilempar 'molotov cocktail'

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, menyatakan bahawa kejadian tersebut disyaki berkaitan dengan isu penjualan stoking yang mengandungi kalimah Allah di pasaraya KK Mart, yang mendorong suspek untuk melakukan tindakan tersebut.

Wan Mohd Zahari menambah bahawa polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk menjejaki suspek dan juga memeriksa rakaman CCTV premis tersebut.

Tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan, tetapi Kedai Serbaneka KK Mart mengalami kerugian kira-kira RM500 akibat kejadian ini.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Baca Juga:
Letak ais belakang leher selama 10 minit boleh hilang sakit kepala, macam tak percaya betul jadi!
Lelaki curi dan makan kaki mangsa kemalangan kereta api ‘ratah’ macam makan peha ayam
Lelaki mengejek jurukamera dengan angkat jari tengah selepas berang kena tegur merokok di kedai mamak
CATEGORIES