Baru berusia 8 bulan, bayi mampu sambung bacaan surah lazim raih perhatian

Baru berusia 8 bulan, bayi mampu sambung bacaan surah lazim raih perhatian

Seorang bayi, Fahry Nedzar, mampu menyambung bacaan surah lazim yang dialunkan oleh ibunya dengan lancar bermula usianya lapan bulan.

Menurut ibunya, Fatin Nur Sakinah Zolkifly, 31, dia dan suami mempraktikkan bacaan selawat, zikir, dan ayat al-Quran sejak bayi mereka dilahirkan.

“Sejujurnya, saya rasa tak layak nak kongsi tips ini, tapi saya kongsi apa yang kami praktiskan dengan Fahry.

Baru berusia 8 bulan, bayi mampu sambung bacaan surah lazim raih perhatian

Sejak dari lahir, kami sudah biasakan dia dengan bacaan surah lazim setiap hari.

Mulut saya bersilih ganti selawat dan surah, terutama ketika nak tidurkan Fahry sebab waktu kecil dia jenis bayi ‘high need’, tetapi mudah tenang bila dengar bacaan ayat al-Quran, azan, atau zikir.

“Kiranya surah dan selawat yang saya dan suami baca setiap hari, lebih-lebih lagi bila dia menangis. Fahry memang sejenis automatik diam bila kami baca surah.

Dia boleh tenang dan tenung mata kami,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, video berdurasi satu minit 23 saat yang memaparkan adik Fahry, yang kini berusia setahun lima bulan, menyambung surah An-Nasr mendapat sembilan juta tontonan, satu juta tanda suka, dan 17,000 komen daripada orang ramai.

Menerusi rakaman tersebut, ramai ibu bapa bertanya beberapa soalan mengenai kaedah untuk mendidik anak memahami dan menghafal surah lazim.

@mommy.fahry Ada tanya soalan sehari berapa kali ulang baca surah ? Berapa surah baca setiap hari ? Jujur mommy tak boleh jawab sebab mommy tak pernah kira. Dan satu hari terus ada banyak surah.😅 Sebab mommy baca dengan Fahry random sangat waktunya. Ada waktu pagi, tengah hari , petang dan malam. Ulang ulang baca dan tak kira tempat. Waktu bermain, waktu makan, waktu duduk santai santai.. kalau rajin tu lebih sikit la. Dan tak pernah paksa untuk Fahry ikut. Bagi saya betul orang kata fasa anak kecik ni mereka seperti span. Kena hati hati jugak dengan perkataan kita guna sebab apa yg kita cakap tu pun anak serap.. 🤭 #baby #babyboy #babyFN #parenting #parentingtips #mommy #mommylife ♬ original sound – mommy fahry

Mengulas lanjut, wanita berkenaan tidak menyangka anaknya mampu menghafal surah lazim yang sering dibaca sejak bayi.

“Saya tidak sangka bacaan surah ‘terakam’ dalam otak dia. Bermula umur enam bulan dia mula bercakap dan bila umur lapan bulan dia sudah mula pandai sambung surah yang saya baca.

“Untuk proses ini, lebih baik kita baca sendiri daripada membuka audio di YouTube. Mula-mula baca ayat penuh kemudian baca separuh bagi dia sambung ayat belakang.

“Apabila sudah tiba masanya, kami akan bacakan surah dan ‘tebuk’ untuk uji hafalan Fahry. Ulang-ulang dan lama-kelamaan dia akan dapat semua ayat,” jelasnya.

Baca Juga:
Video tular lembu terlepas buat kecoh di Lebuhraya Damansara – Puchong
Pengemis mengaku dirinya ‘malaikat’ mengamuk paksa penduduk beri wang
Ikan berwajah ‘hantu’ dengan mulut terbuka, mata terbeliak ke atas ditemui di pantai
CATEGORIES