Baru berusia 45 tahun tapi duit simpanan KWSP dah cecah sejuta, rupanya ini cara yang dia buat..

Photo of author

By Syima Iza

Antara ayat paling biasa kita dengar adalah duit simpanan KWSP untuk kegunaan pada masa hadapan dan hari tua nanti. Jadi, pengurusan wang yang bijak dan konsisten diperlukan agar seseorang itu dapat merasai kehidupan selesa.

Hal ini sama seperti perkongsian seorang pengguna Facebook di mana rakannya sudah mencecah simpanan KWSP sehingga sejuta. Ikuti perkongsian lanjut di bawah.

DUIT SIMPANAN KWSP CECAH SEHINGGA SEJUTA, INI ‘RAHSIANYA’

Baru berusia 45 tahun tapi duit simpanan KWSP dah cecah sejuta, rupanya ini cara yang dia buat..

Bismillah.

Sesungguhnya ada simpanan 1 juta dalam KWSP untuk orang biasa itu benar. Tengok ni, penyata milik seorang ketua keluarga dalam circle saya, umur 45, kerja bidang IT di KL.

Dia pergi balik kerja naik motor saja pasal tak nak sangkut dalam traffic jam. Grad umur 23 terus kerja dan macam orang lain juga ada keluarkan duit dari Akaun 2 untuk beli rumah.

Macam mana dia boleh kumpul sejuta dalam KWSP? Daripada apa yang dia bagi tau aku, semua orang boleh buat.

Baru berusia 45 tahun tapi duit simpanan KWSP dah cecah sejuta, rupanya ini cara yang dia buat..

Pertama, mesti ada kerja yang stabil dan gaji yang cukup.

Kedua, kena mencarum dalam KWSP lah. Dia carum 11% kemudian naikkan ke 12% dan 13%. Majikan dia pun mencarum juga. Berapa % bahagian majikan dia bagi, aku tak tau.

Ketiga, dia tak sentuh duit KWSP jika tak perlu. Tengok masa PKP dulu berapa ramai terkesan. Dia steady, maka saya beranggapan dia ada simpanan kecemasan yang cukup.

Keempat, dia tingkatkan caruman dengan cara tinggikan gaji dengan cara job hopping (boleh minta gaji lebih tinggi daripada majikan baru). Dia dah tukar majikan 8 kali.

Kelima, dia bayar zakat (wajib dan untuk cari keberkatan). Bila berkat, Tuhan tambah lagi. Dan aku assume dia ada juga buat projek sedekah jariah yang lain.

Jelasnya, tujuan penulisan ini adalah untuk memberitahu orang ramai agar terus menyimpan wang secara berdisiplin anda juga boleh bergelar ‘jutawan’

Tujuan penulisan ini adalah untuk memberitahu bahawa menyimpan secara berterusan dan berdisiplin pun boleh jadi jutawan. KWSP bagi dividen 5.4% untuk 2023 jadi nanti dia dapat 54154.

Kalau dia dah pencen, maknanya tahun ini dia boleh belanja 4512 sebulan (54154/12), makan duit dividen je, duit pokok sejuta tak payah usik pun. Tenang sahaja hidup.

Ini baru umur 45, kalau dia pencen umur 60, boleh cecah lebih 2 juta dalam KWSP dia, ada harapan dapat rasa pencen 10000 sebulan dan duit pokok 2 juta tak luak langsung.

Baca Juga:
Nenek berusia 72 tahun berubah jadi ‘princess
Demi keselesaan murid, guru sanggup habiskan duit bonus RM2,000 ‘renovate’ kelas
Kesian Che Nom! Penat memasak video pula kena ‘rembat’, tinggi pula views tue…