Baru berkahwin, suami kantoi kerap langgan ‘body to body’ massage

Photo of author

By Syima Iza

Baru berkahwin, suami kantoi kerap langgan ‘body to body’ massage.

Luluh hati seorang isteri apabila mengetahui aktiviti tidak senonoh yang dilakukan suaminya, sedangkan mereka baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 20 Februari lalu.

Dalam satu pendedahan yang dibuat di media sosial, wanita itu berkata segala kegiatan tidak baik suaminya terbongkar selepas enam bulan mereka berkahwin.

Baru berkahwin, suami kantoi kerap langgan 'body to body' massage
Gambar hiasan

Menerusi hantaran yang sama, isterinya menunjukkan sejarah carian Internet pada telefon suaminya yang kerap melanggan tukang urut.

“Bulan Februari saya kahwin, bulan Ogos saya jumpa ni dalam telefon suami saya,” tulisnya.
“Bukan ni je saya jumpa, tapi saya jumpa banyak perbualan dia sejak sebelum berkahwin dengan saya lagi,” katanya.

Apa yang membuatkan wanita ini terkilan adalah apabila suaminya tidak hanya mengambil pakej urutan biasa, sebaliknya membayar untuk perkhidmatan seks termasuk urutan ‘body to body’ (B2B).

Baru berkahwin, suami kantoi kerap langgan 'body to body' massage

Dalam hantaran kedua yang dibuat, wanita ini menunjukkan pula mesej perbualan suaminya ketika melanggan tukang urut perempuan pada Februari tahun lalu.

“Pergi tempat mengurut tak ada masalah tapi kenapa nak kena B2B massage? Nak kena pilih perempuan,” tulisnya.

“Sudah macam katalog order makan. Ada happy ending (jenis servis seks) dan sebagainya. Sedih sangat bila kena khianat.

“Semua ni saya jumpa lepas kahwin. Saya tak pernah tahu happy ending massage yang buat pakej satu sh** macam ni sebelum ni,” ujarnya.

Perkongsiannya ini meraih pelbagai reaksi netizen dengan rata-rata bersimpati dengan apa yang diharungi si isteri.

Bagaimanapun, ramai yang menasihatinya supaya berpisah sahaja dengan suami yang dilihat ketagih dengan aktiviti maksiat itu.

“Cerai je la. Tak berdosa minta cerai dengan suami penzina dan penipu macam ni. 100 peratus dia akan buat lagi nanti.

“Sebelum terlambat, cerai je la tak payah bergaduh. Tinggalkan penzina ni. Dia tak layak untuk jadi pemimpin rumah tangga.

“Hidup hanya sekali dan tak lama. Nanti sampai tua menderita kalau bersuamikan lelaki penzina dan penipu ni,” antara komen netizen.

Membalas salah satu komen netizen, wanita ini berkata suaminya masih mengulangi kesilapan sama walaupun aktivitinya sudah terbongkar.

Baru berkahwin, suami kantoi kerap langgan 'body to body' massage

“Selepas pertama kali kantoi memang tak okay, bergaduh. Alasan-alasan dia bagi semua entah apa-apa. Tapi dulu saya percaya je semua.

“Kami ada pergi kaunseling juga dekat pejabat agama. Semua okay balik selepas tu. Tapi tak lama kantoi lagi. Dia masih pergi tempat urut yang ada ‘happy ending’ tu lagi.

“Tak lama selepas kali kedua kantoi, kami bercinta jarak jauh. Sampai sekarang masih PJJ. Tapi sekarang turun naik mahkamah. Saya sudah penat,” jelasnya.

Baca Lagi:
Pertama kali negara China pilih Malaysia jadi tuan rumah untuk sambut Tahun Baru Cina
Patut laku keras, peniaga ini tambah cacing tanah kering dalam kuah laksa
Lamborghini Diablo bernilai RM1.4 juta rosak teruk selepas jatuh dari lori pengangkut