Baru 9 bulan kahwin, suami Influencer wanita terkenal ini kantoi cabul pelajar sekolah

Photo of author

By Syima Iza

Baru 9 bulan kahwin, suami Influencer wanita terkenal ini kantoi cabul pelajar sekolah.

Suami kepada pempengaruh Nadya Aulia Zulfa, iaitu Fadlurahman Zikri, didakwa mencabul seorang pelajar perempuan. Biar betul?

Menurut laporan Medan Tribunnews, kejadian itu terbongkar apabila kakak kepada mangsa menemui perbualan mencurigakan dalam aplikasi WhatsApp di telefon adiknya.

Baru 9 bulan kahwin, suami Influencer wanita terkenal ini kantoi cabul pelajar sekolah

Pengadu juga mendakwa bahawa kejadian tersebut telah beberapa kali berlaku, dengan insiden terakhir pada 29 September lepas.

Fadlurahman Zikri, seorang guru bahasa Arab di sebuah sekolah rendah di Indonesia, dipercayai melakukan perbuatan tersebut di dalam keretanya.

Berikutan laporan yang dibuat, mangsa telah menceritakan kejadian sebenar semasa sesi soal siasat dengan pihak berkuasa. Kes ini masih dalam siasatan lanjut bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian.

Untuk makluman, Fadlurahman Zikri baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama Nadya Aulia Zulfa pada Februari lepas.

Kepercayaan adalah asas penting dalam perhubungan, sama ada di sekolah, dalam keluarga, atau dalam masyarakat. Perbuatan yang melanggar amanah bukan sahaja mencemarkan nama baik, tetapi turut meninggalkan kesan buruk kepada mangsa.

Marilah kita bersama-sama mendidik diri dan masyarakat untuk lebih peka terhadap keselamatan dan kesejahteraan insan di sekeliling kita.

Baca Juga:
Wanita dedah banyak barang runcit berasal dari Malaysia di Chicago
Ratu Cantik Jepun datang ziarah ke rumah Ebby Yus
‘Dah bayar parkir sampai 4.12 petang, kena saman pukul 4.11’ – Pengguna pertikai tindakan pihak berkuasa PBT