Baru 1 minggu kahwin, tak tahan diperli mertua sebab hantaran kurang mewah, sekali aku tawarkan RM5000 untuk suami ceraikan aku

Photo of author

By Syima Iza

Baru 1 minggu kahwin, tak tahan diperli mertua sebab hantaran kurang mewah, sekali aku tawarkan RM5000 untuk suami ceraikan aku. Sebelum kahwin aku kenal suami sebagai seorang yang baik, cukup solat tapi lepas je akad nikah tembelang suami pecah. Dia marah aku sebab tak bagi hantaran telefon bimbit seperti yang dia nak. Dia bandingkan dengan kak iparnya yang bagi hantaran mewah dekat abangnya masa mereka kahwin. Aku nekad hari pertama kahwin, aku terus lari..

Aku dilahirkan di Kedah, dibesarkan di Kuala Lumpur. Sejak dahulu memang aku tidak rapat dengan keluarga aku. Aku pelajari kesilapan dari pengalaman aku sendiri. Tiada siapa mengendah apatahlagi menasihati. Sifat aku yang polos dan lurus menyebabkan ramai yang mengambil kesempatan.

Setelah aku peroleh ijazah, aku terus ditawarkan pekerjaan di salah sebuah Bank terkemuka di Kuala Lumpur. Menjadi seorang eksekutif muda, aku banyak pelajari sendiri kehidupan. Aku pindah keluar dari rumah keluarga kerana sudah tidak tahan lagi dengan talam dua muka keluarga sendiri.

Sehingga aku bertemu dengan seorang lelaki, dari perwatakan memang cukup solat dan baik. Aku yang memang tiada rasa kasih sayang dari keluarga, terus menerimanya dengan hati yang terbuka. Tapi maIangnya selepas berkahwin, selepas sahaja akad nikah, perangai tembelangnya pecah.

Baru 1 minggu kahwin, tak tahan diperli mertua sebab hantaran kurang mewah, sekali aku tawarkan RM5000 untuk suami ceraikan aku
Gambar hiasan

Rupanya sikapnya selama ini adalah penipuan semata – mata, dia marah kepada aku kerana tidak menyediakan hantaran telefon bimbit seperti yang dia mahukan. Dia juga membandingkan aku dengan kakak iparnya, waktu abangnya berkahwin, kakak ipar aku menyediakan hantaran yang mewah.

Aku mengatakan, aku memang bukan seorang yang kaya. Dan dia juga bukan dari keluarga yang senang, sebab itulah aku tidak meletakkan sebarang hantaran kerana ingin memulakan hidup bersamanya. Tapi aku tidak menyangka kerana tiada hantaran mewah, aku diperli dimarah oleh keluarga mertua aku.

Aku hairan dengan manusia ni. Mereka pun hidup di PPRT sahaja. Tetapi demand melebihi orang kaya. Setelah kecewa dengan tingkahlakunya, aku tidak menuruti dia pulang ke rumahnya. Ya! hari pertama perkahwinan dan masih tidak sempat disentuh olehnya, aku melarikan diri ke rumah kawan aku.

Keluarga aku hanya bertepuk tangan dan menghaIau aku keluar kerana memaIukan keluarga. Tapi bagi aku tidak mengapa. Dari aku hidup dengan lelaki sebegitu. Aku terus failkan perceraian. Sehingga staff di situ hairan apabila melihat tarikh perkahwinan tidak sampai seminggu.

Suami tidak mahu datang ke mahkamah walaupun sudah dihantar surat saman sebanyak tiga kali. Dia tuduh aku nusyuz. Tapi aku ingat perkataan hinaan dia kepada aku, aku kuatkan semangat. Aku tawarkan duit RM5000 sebagai ganjaran untuknya untuk melepaskan aku.

Dah nama gold digger, pasti akan menerima walaupun hanya RM5000. Tertalaklah satu sebagai janda berhias. Aku terus meminta ditukarkan ke cawangan Negeri Sembilan untuk memulakan hidup baru. Rupanya, masih tidak cukup dugaan aku aIami.

Kerana berstatus Janda, aku kerap diganggu. Boss aku sendiri kerap menghantar mesej Iucah, dan aku adukan kepada HR, tetapi tiada tindakan. Isterinya sampai datang ke cawangan dan memarahi aku. Subhanallah, patutlah ramai wanita sanggup jadi pvnching bag dari jadi Janda, sebab dugaan sebagai golongan J ini amatlah besar.

Aku terus berhenti kerja dan membawa diri ke negeri lain. Sehingga sekarang aku masih menyendiri. Trauma dengan lelaki cukup tinggi. Sehingga sekarang, sekiranya kawan aku ingin berkahwin, aku akan jadi sinis. Aku terlalu berasa negatif ke arah perkahwinan dan selalu menasihatkan wanita lain supaya tidak berkahwin.

Aku selalu mengikuti macam – macam confession di Facebook. Rupanya ramai lagi yang senasib dengan aku. Dan ada yang begitu kuat untuk tidak berkahwin kerana takut dengan lelaki zaman sekarang. Ya, Aku faham perasaan mereka.

Hidup aku sekarang, masih tiada hala tuju. Umur sudah masuk 30 an, ibarat yatim piatu tiada keluarga. Aku nasihatkan yang mana ingin berkahwin, kenallah dulu pasangan dan keluarganya sebaik mungkin. Jangan percaya kononnya cinta lepas kawin baru nak kenal.

Tak! zaman sekarang kita kena lebih berhati – hati. Aku tak tahu apa jadi dengan masa depan aku, tetapi aku berharap para pembaca dapat doakan aku semoga aku menjadi terus kuat tanpa menoleh ke belakang lagi. Sekian coretan dari aku… – Nelisa

Komen Warganet :

Nor Fauziah AR : Nampak confesssor ni matang. Sebenarnya awak tahu apa yang awak mahukan dan perIukan dalam hidup. Dan tahniah berjaya elak dari hidup dengan orang yang t0ksik. Pasal title J, awak buat dia macam title VIP, jangan anggap rantai macam membelenggu diri.

Feeling VIP, sebab tu ramai tertarik dan menyibuk. Biar je title tu, teruskan hidup dengan positif. Ada rezeki, Allah kurniakan lelaki yang baik. Kalau tiada, ada banyak lagi cabang rezeki Allah nak beri dan moga ada Iimpahan kasih syang untuk confessor, kalau pun bukan dari keluarga mungkin dari orang – orang luar yang lain.

Rohayu Hashim : Semoga nelisa terus tabah. Dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik, murah rezeki. Sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Terus tabah dik, ada rezeki awak dapat jodoh dan keluarga yang lebih baik. In Shaa Allah. Walau tiada bahu untuk bersandar ketahuilah Allah sentiasa di sisimu

Izzy Claire : Bagi saya tindakan sis untuk minta cerai agak terburu – buru sebab sis tak cuba dulu hidup dengan dia, tengok dulu macam mana. Tapi takpela dah terjadi kan, takpe sis. Insha Allah akan ade jodoh terbaik untuk awak.

Sekarang jangan stress – stress, just focus kerjaya, cari duit banyak – banyak, manjakan diri, cantikkan diri. Pergi shopping, pergi facial, travel tempat – tempat best. Kalau sis fikir hidup sis teruk fikirlah ade orang yang lagi teruk dari sis. Malah hidup saya sekarang ni pun quite hard sometimes sis. I’m still h4nging there.

CPangaok Zaman : Tindakan yang tepat Nelisa. Seandainya tetap bertahan demi jaga maruah sebab tak nak diceraikn pasti sekarang situasi akan menjadi sukar untuk keluar dari situ. Apa lagi kalau sudah melibatkn anak – anak dan pasti Nelisa yang berhempas pulas untuk menjana ekonomi keluarga. Nelisa tak sendiri. Percaya dengan rencana Tuhan. Pasti ada kebahagiaan untuk Nelisa.

Rose Mimie : Awak seorang ekskutif bank, nak cari lelaki budiman memang susah. Jika takdir hidup awak tanpa zuriat, saya cadangkan awak buat wakaf . Tak semestinya ada bangunan dan tanah kita boleh wakaf untuk bina masjid.

Boleh juga sejumlah wang disertakan dengan syarat tujuan dibina masjid / tahfiz kerana Allah. Yang berkahwin ada zuriat didoakan anak soleh, insyaAllah. Awak juga boleh memperolehi pahala berterusan lebih lagi.

Baca Lagi:
Kecoh mak nyah panjat tiang bendera sambil dedah dada, anggota polis terpaksa tarik kaki bawa turun
‘Maaf tergelak fesyen apa tu…Macam pakai seluar pendek nak jatuh’, Nadia Brian jadi tumpuan di TADS
7 tips ini mungkin dapat membantu anda jadi jutawan