Bapa sedih anak perempuan kahwin dengan guru sekolah pondok tanpa wali setelah dijanjikan syurga

Bapa sedih anak perempuan kahwin dengan guru sekolah pondok tanpa wali setelah dijanjikan syurga

Seorang bapa menumpahkan air mata selepas mengetahui anak perempuannya berkahwin dengan guru di sekolah pondok tanpa kebenarannya, lapor saluran TV One news semalam.

Lebih menyayat hati apabila gadis itu masih di bawah umur dan sedang hamil. Dia turut bersetuju untuk berkahwin kerana dijanjikan syurga.

“Dia akad (nikah) sendiri (tanpa kebenaran dan wali). Menurut saya, saya gagal menjadi bapa yang baik. Kalau berkaitan anak, tak pilih kasih. Semua sayang.

Bapa sedih anak perempuan kahwin dengan guru sekolah pondok tanpa wali setelah dijanjikan syurga

“Nama pun anak, semestinya saya sakit hati, tak sanggup lihat anak saya trauma,” kata bapa mangsa yang bernama Mat Rokim sambil menangis.

Mat Rokim meluahkan hal itu menerusi satu temu bual yang turut dihadiri oleh anak perempuannya.

Difahamkan, guru yang mengajar di sekolah pondok, di mana gadis tersebut belajar dikenali sebagai Muhammad Erik.

Kedua-dua mereka turut mengakui telah melakukan ‘malam pertama’ sejurus selepas berkahwin tanpa wali.

Bagaimanapun, Rokim telah membuat laporan polis dan siasatan sedang dijalankan.

Baca Juga:
Anggota tentera ditemui selamat selepas hilang 19 hari di hutan sempadan Brunei
Cara seterika baju yang betul supaya tak berkedut, rupanya ramai yang salah..begini caranya
Gelora udara: Penumpang Air Europa kongsi pengalaman menakutkan, ada yang tersangkut dalam ruang bagasi!
CATEGORIES