Bapa sebak pegang sijil kelahiran anak setelah isteri, kembar berusia 3 hari maut dibom Israel

Photo of author

By Syima Iza

Bapa sebak pegang sijil kelahiran anak setelah isteri, kembar berusia 3 hari maut dibom Israel.

Luluh hati Abu al-Qumsan apabila menerima khabar duka bahawa rumahnya di Gaza dibom, menyebabkan anak dan isterinya terkorban.

Insiden itu berlaku ketika Abu al-Qumsan baru sahaja mengambil sijil kelahiran anak kembarnya yang berumur tiga hari.

Bapa sebak pegang sijil kelahiran anak setelah isteri, kembar berusia 3 hari maut dibom Israel

Rakaman video menunjukkan Abu al-Qumsan yang kecewa, menangis dan rebah sambil masih memegang sijil kelahiran tersebut, telah tersebar luas di media sosial. “Saya berada di hospital ketika rumah saya menjadi sasaran,” luahnya dengan linangan air mata.

“Ada panggilan, selepas sijil kelahiran dicetak.

“Pemanggil itu bertanya, ‘Adakah kamu okey dan di mana kamu?’. Saya memberitahu mereka saya berada di Hospital Syahid Al-Aqsa, dan diberitahu bahawa rumah saya dibom,” katanya.

Terdahulu, Abu al-Qumsan meninggalkan isteri, bayi, dan ibu mentuanya di unit di tingkat lima sebuah flat di Deir al-Balah, di tengah Gaza, sebelum ia dibom tanpa henti oleh tentera Israel.

“Saya dimaklumkan bahawa mereka berada di Hospital Syahid Al-Aqsa dan saya memberitahu mereka saya berada di pintu masuk ke hospital.

“Saya masuk ke hospital dengan sijil kelahiran di tangan saya… dan mereka memberitahu saya (anak dan isteri) berada di bilik mayat,” katanya.

@aziiel_syahid_007Duka seorang ayah♬ Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan

Pada hari Rabu yang lalu, Abu al-Qumsan dilihat melipat pakaian bayi berwarna merah jambu dan kuning yang belum sempat digunakan, di luar khemah biru di Al-Mawasi, kawasan pantai yang diisytiharkan Israel sebagai zon kemanusiaan.

Dia tidak berpeluang menunjukkan kepada isterinya bahawa bayi lelaki mereka, Aser, dan anak perempuan, Aysal, telah diberi nama secara sah.

“Pada hari yang sama saya mendapat sijil kelahiran mereka, saya juga perlu menyerahkan sijil kematian untuk anak dan ibu mereka.
“Saya tidak berpeluang meraikan kehadiran mereka. Pakaian mereka baharu, mereka tidak sempat memakainya,” katanya.

@tina.sumbawa4 Semoga Allah Kuatkan Hatinya🥺🤲🤲 #save_gaza ♬ Belum Siap Kehilangan – Stevan Pasaribu

Baca Juga:
Suami makan nasi bungkus seminggu selepas sorok bantal busuk isteri
“Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah” – Jeritan terakhir pembantu juruterbang nahas Elmina didedah
‘Mati-mati aku ingat dia makan kaum sejenis dia, rupanya ketam ni sedang bersalin kulit’