Bapa pelik keputusan peperiksaan anak cemerlang tapi tak dapat anugerah

Photo of author

By Syima Iza

Bapa pelik keputusan peperiksaan anak cemerlang tapi tak dapat anugerah.

Sedia maklum, tiada lagi peperiksaan besar UPSR di peringkat sekolah rendah untuk menentukan pencapaian pelajar.

Sebaliknya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan sistem penilaian baharu untuk pelajar sekolah sekarang.

Bapa pelik keputusan peperiksaan anak cemerlang tapi tak dapat anugerah

Namun, sistem baharu itu sering diperdebatkan orang ramai terutama daripada kalangan ibu bapa yang keliru bagaimana sistem ini dilaksanakan.

Baru-baru ini, seorang bapa meluahkan rasa tidak puas hati dan mempersoalkan mengenai sistem penilaian murid yang digunakan sekarang.

Menerusi hantaran pengguna bernama Kio Khairul, dia pada awalnya berasa lega dengan sistem penilaian itu kerana berpendapat pelajar kini boleh belajar tanpa rasa terbeban.

Namun, sistem ini dilihat mengelirukan ibu bapa apabila penilaian diberikan tidak setaraf dengan keputusan peperiksaan pelajar.

Dia mula berasa pelik apabila keputusan peperiksaan anaknya cemerlang namun tidak terpilih untuk mendapatkan augerah.

Malah, ada pelajar yang tidak begitu cemerlang dalam pelajaran tetapi terpilih untuk menerima anugerah.

Selepas mendapat penjelasan daripada guru sekolah, didapati anugerah diberikan kepada pelajar yang lebih menonjolkan diri seperti petah bercakap atau menjadi wakil rumah sukan.

“Jadi kalau anak kau sejenis introvert tapi excellent akademik macam Si Sarah ni, cukup susah nak bersuara, asyik sedekah alat tulis kat budak-budak kelas dia secara senyap-senyap (tiap-tiap bulan asyik kena restock ja), siap bagi kawan pinjam buku aktiviti sebab buku kawan hilang, end up buku dia pulak kawan lupa nak return balik, etc.. as long cikgu tak nampak semua tu.. tak ada lah markah atau point diberikan. Senang cerita apa-apa nak buat kena show off…” katanya.

Bapa pelik keputusan peperiksaan anak cemerlang tapi tak dapat anugerah

Susulan itu, dia menggesa untuk kembalikan semula peperiksaan besar untuk ibu bapa mengetahui kelemahan anak-anak.

Perkongsian individu ini juga turut mendapat perhatian Cikgu Mohd Fadli Salleh. Beliau berharap lebih ramai lagi ibu bapa bersuara mengenai isu terbabit.

Bapa pelik keputusan peperiksaan anak cemerlang tapi tak dapat anugerah

Baca Juga:
“Malaysia ini lubuk rezeki, abang rajin saja, mesti abang kaya, paling penting ALLAH jangan lupa, solat jangan tinggal” – Warga Bangladesh
Sikap rendah diri Siti Nurhaliza berbelanja di pasar malam dapat pujian warganet
Ibu terpaksa bagi bayi hisap kurma kerana tidak mampu dapatkan susu