Tidak Berhati Perut!
Seorang bapa mentua berusia 52 tahun tergamak membunuh menantu perempuannya yang sedang sarat mengandung kerana menolak ajakan untuk berhubungan intim.
Kejadian yang menyayat hati itu dilaporkan berlaku pada 31 Oktober lalu, kira-kira jam 4 petang waktu tempatan di Palembang, Indonesia.
Bapa mentua durjana yang dikenali sebagai Khoiri itu meminta mangsa, Fitria berumur 23 tahun, untuk memuaskan nafsunya.
Difahamkan Khoiri ketika itu sedang berada di bawah pengaruh alkohol dan nafsunya membuak-buak apabila melihat Fitria keluar daripada bilik air.
Bagaimanapun, keengganan Fitria untuk menuruti permintaan menyebabkan bapa mentuanya itu bengang sehingga dia hilang pertimbangan akal.
Ketika kesabaran semakin menipis, Khoiri bertindak mengambil objek tajam di dapur dan menggunakannya untuk mengelar leher menantunya itu.
Khoiri kemudiannya melarikan diri ke rumah jiran dan bersembunyi di dalam sebuah bilik.
Jiran tetangga yang menyedari apa yang berlaku mengerumuni rumah terbabit, namun tidak berani untuk mendekati Khoiri.
Tidak lama selepas itu, pihak berkuasa tempatan tiba di tempat kejadian untuk memberkas Khoiri yang dilihat hanya mengenakan seluar pendek.
Turut ditemukan adalah objek tajam yang disorokkan di bawah bantal berwarna biru, dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa.
Manakala Fitria pula sempat dibawa ke hospital, namun dia dan kandungannya yang berusia tujuh bulan tidak dapat diselamatkan kerana pendarahan yang banyak pada bahagian leher.
Sementara itu, ibu kepada mangsa, Nurul mengatakan Fitria merupakan seorang anak yang pendiam seperti bapanya dan tidak pernah terlibat dengan sebarang masalah.
“Fitria sejak sebulan lalu banyak minta maaf, siapa sangka ia merupakan petanda yang dia akan pergi dijemput Ilahi.
“Perkahwinan dia pun saya yang jodohkan,” kata Nurul cuba menahan kesedihan.