Bapa melutut minta maaf setelah dihina anak kandung kerana gagal belikan iphone

Bapa melutut minta maaf setelah dihina anak kandung kerana gagal belikan iphone

Perbuatan seorang gadis yang sanggup memalukan bapanya sendiri di khalayak ramai hanya kerana tidak membelikannya telefon pintar iPhone menjadi tular di media sosial, lapor akhbar South China Morning Post semalam.

Rakaman kejadian itu dimuat naik oleh seorang pejalan kaki bernama Zhong yang berada di lokasi kejadian sekitar Taiyuan, wilayah Shanxi pada 4 Mei lalu.

Zhong berkata, perbualan dua beranak itu sangat kuat sehingga dia mendengar jelas butirannya.

Bapa melutut minta maaf setelah dihina anak kandung kerana gagal belikan iphone

Gadis itu menjerit sambil menghina bapanya. Dia berbuat demikian kerana lelaki itu gagal memenuhi permintaannya untuk memiliki iPhone seperti rakan-rakan lain.

“Ibu bapa lain boleh membelikan anak mereka iPhone. Kenapa awak tak ada duit?” kata gadis itu.

Si bapa melutut sambil menggelengkan kepala dan meminta maaf kepada anaknya kerana gagal menunaikan permintaan itu.

Rata-rata netizen mengecam tindakan gadis itu, namun ada yang mengkritik lelaki itu kerana gagal mendidik anak perempuannya dengan wajar.

“Anak-anak terlalu mementingkan keselesaan sendiri tetapi tidak menghiraukan kesusahan ibu bapa. Ini adalah tragedi dalam masyarakat hari ini!” kata seorang netizen.
Baca Juga:
Kisah wanita muslim berdegil tidak mahu buka hijab berjaya selamatkan keluarga daripada nahas pesawat
Lelaki tampil muda 10 tahun selepas 93 hari tinggal di dalam Lautan Atlantik
Wanita lahir anak di rumah sewa kekasih, buang di kedai ayam segar
CATEGORIES