Bapa larikan menantu setelah jatuh cinta, tinggalkan anak dan cucu

Photo of author

By Syima Iza

Bapa larikan menantu setelah jatuh cinta, tinggalkan anak dan cucu. Seorang lelaki di India membuat laporan polis kerana mendakwa bapa kandungnya sendiri telah melarikan diri bersama isterinya, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Pawan Vairagi dari negeri Rajasthan menuduh bapanya, Ramesh Vairagi jatuh cinta dengan isterinya lalu menggoda wanita itu untuk berlaku curang.

Menurut Pawan, dia sering bekerja jauh daripada keluarganya dan ini memberi peluang kepada Ramesh untuk menghabiskan banyak masa dengan isterinya.

Bapa larikan menantu setelah jatuh cinta, tinggalkan anak dan cucu

Pasangan itu baru-baru ini melarikan diri dan meninggalkan anak Pawan yang berusia enam bulan.

Selepas mendapat tahu perkara itu, Pawan membuat laporan polis di daerah Bundi dengan menuduh bapanya merampas isterinya serta mencuri basikal milik lelaki itu yang digunakan oleh pasangan tersebut untuk melarikan diri.

Ketika disoal pihak media, Pawan mengesahkan dia telah memfailkan laporan polis terhadap Ramesh namun, isterinya dianggap tidak bersalah.

Polis berkata, pihaknya kini melancarkan siasatan bagi mengesan pasangan tersebut.

Baca Lagi:
Gadis gelek macam ‘Pak Maun’ undang perbagai reaksi dari netizen
Pekerja restoran dapat hadiah bonus dari majikan setelah pulangkan duit pelanggan
Berbogel di bilik hotel Singapura akan dikenakan denda RM6,649