Bapa kayuh basikal ‘berbumbung’ bawa pulang anak dari sekolah buat ramai kagum

Photo of author

By Syima Iza

Bapa kayuh basikal ‘berbumbung’ bawa pulang anak dari sekolah buat ramai kagum.

Tular sebuah video yang memaparkan kreativiti seorang ayah yang mengubah suai basikal untuk melindungi anaknya daripada panas dengan memasang ‘bumbung’.

Video yang dikongsikan di Facebook oleh Hareez Ikmal itu menunjukkan seorang bapa mengayuh basikal ‘berbumbung’ sambil membawa anaknya pulang dari sekolah.

Bapa kayuh basikal 'berbumbung' bawa pulang anak dari sekolah buat ramai kagum

“Perjalanan kami ke Tawau, bila masuk Lahad Datu jalan jem sebab budak-budak baru balik sekolah.

“Tengah-tengah sangkut dalam jem, ternampak seorang pakcik ni kayuh ‘basikal unik’ bawa anak kecil di belakang.

“Auto sedih bila tengok pakcik ni dan anaknya. Hebatnya kasih sayang seorang ayah, semoga ada rezeki dapat jumpa di kemudian hari nanti,” tulis Hareez Ikmal di Facebooknya.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai kagum dengan kreativiti dan kasih sayang seorang ayah yang sanggup melakukan apa sahaja demi memberi keselesaan kepada anaknya.

“Allah, kasihannya ayah. Auto kreatif, janji anak tak berpanas dan berhujan,” kata Hashimah Abdul Hamid.

“Pengorbanan ayah, kreatif demi keselamatan dan keselesaan untuk anaknya. Semoga sentiasa diberkati Allah,” komen Yatt Masryatie.

“Ayah yang hebat buat sang puterinya. Percayalah, ini akan menjadi kenangan paling manis buat adik suatu hari nanti,” kata Marini Mardi.

Di samping itu, Nor Faizah Sallih turut memberi komen dan memuji kreativiti ayah tersebut yang menggunakan bahan seperti tong sampah yang diubah suai untuk diletakkan di tempat duduk kiri dan kanan.

Baca Juga:
Lelaki curi 64,000 syiling edisi khas Bluey jual dalam talian hanya beberapa jam
Lelaki terkejut jumpa beg berisi 1 juta keping duit syiling dalam rumah usang
Pokok tualang di Gua Musang masih gah berdiri, ramai percaya ada ‘penunggu