
Bapa kandung potong kemaluan anak 5 tahun ketika tidur
Bapa kandung potong kemaluan anak 5 tahun ketika tidur. Seorang bapa di Tasikmalaya, Jawa Barat didakwa kerana memotong kemaluan anak lelakinya yang berusia lima tahun ketika mangsa tidur.
Kejadian itu berlaku kelmarin apabila mangsa yang terkejut akibat perbuatan bapanya berlari keluar rumah dan menjerit minta tolong.
Keadaan itu juga menyaksikan kemaluannya cedera parah dan berlumuran darah.
Menurut pihak berkuasa, ibu mangsa berada di pasar ketika kejadian berlaku.
“Ketika di pasar, saya dimaklumkan anak saya cedera parah dan berlumuran darah sebelum terus pulang ke rumah.
“Setibanya di rumah, saya mendapati kemaluan anak lelaki saya cedera parah,” katanya
Ketua Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia Daerah Tasikmalaya, Ato Rinanto berkata, suspek mempunyai sejarah penyakit mental.
“Suspek merupakan bapa kandung mangsa dan mempunyai sejarah penyakit mental.
“Polis masih menyiasat motif perbuatan suspek terhadap mangsa,” ujarnya.
Sementara itu, mangsa yang menerima rawatan di hospital kini dalam keadaan stabil dan pendarahan sudah dihentikan.
Menurut pakar perubatan, bahagian hujung kemaluan kanak-kanak itu terpotong sedikit, namun tidak serius.