Bapa ikon fesyen berhutang cecah puluhan juta, Aliff Syukri beri amaran mahu viral

Photo of author

By Syima Iza

Bapa ikon fesyen berhutang cecah puluhan juta, Aliff Syukri beri amaran mahu viral.

Datuk Seri Aliff Syukri mendakwa seorang individu masih belum melangsaikan hutangnya berjumlah puluhan juta ringgit namun dilihat menjalani kehidupan yang serba mewah.

Usahawan itu meluahkan rasa kesal dan marah terhadap individu terbabit yang juga merupakan bapa kepada seorang ikon fesyen.

Bapa ikon fesyen berhutang cecah puluhan juta, Aliff Syukri beri amaran mahu viral

Difahamkan, hutang itu adalah daripada projek usaha sama dalam perniagaan hartanah yang disertainya.

“Sepatutnya bila melabur saya akan dapat keuntungan daripada situ. Saya sertai sebab kredibiliti dia sebagai seorang yang berpengaruh tapi nampak gaya macam saya dah hampir nak ditipu. Pergi melancong boleh pula,” katanya.

Lebih membuatkannya kesal apabila individu tersebut boleh pula beli barangan berjenama mewah selain melancong ke negara Eropah.

“Beli jam harga beribu, pergi London naik kapal terbang kelas pertama, aku pun naik ekonomi. Anak seorang ikon fesyen tapi saya taknak sebut. Saya dah buat surat pada bapa dia untuk selesaikan dan amaun tersebut cecah puluhan juta,” tambahnya.

Dalam pada itu, Aliff memberikan amaran kepada individu terbabit untuk melunaskan bayaran atau jika tidak dia akan hebahkan dan ambil tindakan undang-undang.

“Bulan Julai tak selesai (hutang), siap! Aku viralkan! Janji bulan dan bintang katanya anak pun jutawan,” katanya.

Tambah Aliff, dia memilih untuk tidak mendedahkan identiti individu terbabit kerana masih dalam proses perbincangan untuk melunaskan bayaran.

Sumber

Baca Juga:
Cara matikan ilmu ‘gentel lada hitam’ wanita perlu tahu, pengamal boleh mati pucuk!
Ini kisah 5 ibu mertua paling kejam di dunia, no 3 paling gila
Rezeki terpijak..lelaki jumpa enam tabung wang kertas berjumlah RM240 ribu dalam dinding rumah