Bapa hantar bekal untuk anak di tempat kerja, sanggup naik motor selama 30 minit buat ramai sebak.
Walaupun sudah meningkat dewasa, kasih sayang daripada ibu bapa takkan pernah luntur ditunjukkan untuk anak
Perkara ini dapat dilihat menerusi sebuah video yang tular di TikTok memaparkan seorang bapa sanggup menghantar bekal makanan untuk anak lelakinya di tempat kerja.
Lelaki tersebut berkongsi bagaimana bapanya sanggup datang dengan motosikal ke tempat kerjanya walaupun jarak dari rumah adalah 30 minit.
Perkara itu membuatkan dirinya terharu terhadap tindakan bapanya itu yang masih lagi menunjukkan kasih sayang yang kuat walaupun anaknya sudah meningkat dewasa.
“Kepada yang dapat peluang membawa bekal yang telah disiapkan oleh seseorang untuk kita, janganlah malu. Bawak je tau” – Netizen
Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 860K views, 67.9K likes dan 1.6K comments.
@monstermasa96 syurga buat mu ayah , bila kata nak makan luar, auto ibu cakap dah tak nak makan makanan ibu ke?? ❤️ #fyp #goodtimes #fyppppppppppppppppppppppp #tiktokmalaysia #TikTokAwardsMY #randomvideo ♬ جنام جنام – Julaikho Suara
Menerusi tinjauan di bahagian komen, rata-rata reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan memberi respon sebak teringat akan ibu bapa yang telah pergi dan banyak berjasa kepada mereka.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok: