Bapa ‘gangster’ bawa batang besi masuk padang nak pukul pengadil selepas anak kena kad merah

Bapa ‘gangster’ bawa batang besi masuk padang nak pukul pengadil selepas anak kena kad merah

Peminat bola sepak kesal apabila masih ada bapa pelajar yang mencetuskan provokasi selepas anak mereka yang bermain di padang dilayangkan kad merah.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku dalam satu kejohanan bola sepak Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Kuala Pilah, seorang bapa yang berang selepas anaknya menerima kad merah dipercayai cuba memasuki padang sambil membawa sebatang objek dipercayai sebatang besi.

Tindakan bapa itu bagaimanapun dihalang pegawai MSSM dan seorang anggota RELA yang merampas objek yang dibawa.

Bapa 'gangster' bawa batang besi masuk padang nak pukul pengadil selepas anak kena kad merah

Anggota RELA kemudian menenangkan bapa berkenaan sebelum dia bersama anaknya berlalu pergi meninggalkan venue perlawanan. Video yang tular itu turut menyaksikan pertengkaran mulut antara bapa pelajar dengan anggota RELA dan pegawai kejohanan namun keadaan dapat dikawal.

Netizen nasihat anak bapa berang main congkak

Berdasarkan komen netizen, kebanyakan kurang senang dengan tindakan bapa berkenaan yang dilihat terlalu emosi malah ada yang mahu bapa berkenaan meminta anaknya bermain congkak.

Netizen juga mempertikaikan bagaimana anaknya yang baru bermain dalam liga MSSM namun si bapa sudah besar kepala.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan Datuk Dr Roslan Hussin berkata kejohanan bola sepak itu adalah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dengan jadual perlawanan membabitkan beberapa venue di seluruh negara.

Pengadil perlawanan dilantik pihak MSSM dan bukan dalam kalangan guru di negeri ini.

“Pihak sekolah yang menjadi venue perlawanan sudah mengambil tindakan sewajarnya termasuk aspek kawalan keselamatan terutama dalam menghadapi kerenah penyokong di luar padang.

“Semua prosedur kawalan keselamatan juga dipatuhi bagi menangani situasi yang berlaku seperti video yang tular,” katanya.

Sementara itu katanya, kejadian berkenaan sudah diselesaikan secara baik dan berharap ia menjadi pengajaran kepada semua pihak.

Baca Juga:
Warga Malaysia diculik di Bangkok selepas diperdaya rakan sendiri diselamatkan tentera Mynmar
Guru displin didakwa tarik rambut, tampar pelajar berkali-kali
YouTuber muat naik video anak terperangkap dalam kereta dikecam sebagai ‘ibu bapa gila’
CATEGORIES