Bapa enggan lepas tangan mayat anak perempuan yang terkorban di Turkiye

Photo of author

By Syima Iza

Bapa enggan lepas tangan mayat anak perempuan yang terkorban di Turkiye. Visual yang sangat menyayat hati dirakam di Kahramanmaras, selatan Turkiye berhampiran pusat gempa bumi menunjukkan seorang bapa memegang tangan anak perempuannya yang sudah meninggal dunia dalam sisa runtuhan bangunan kediaman mereka.

Anak perempuan Mesut Hancer, Irmak yang berusia 15 tahun terkorban apabila rumah mereka runtuh.

Dalam imej yang sangat menyedihkan itu, Mesut kelihatan duduk di hadapan sisa runtuhan bangunan berkenaan sambil berterusan memegang tangan Irmak yang berada di antara kepingan konkrit.

Bapa enggan lepas tangan mayat anak perempuan yang terkorban di Turkiye

Konkrit tersebut menimpa di atas tilam tempat tidur anaknya semasa kejadian berlaku pada awal pagi Isnin lalu.

Gempa bumi kuat yang pertama berukuran 7.8 pada skala Richter melanda pada jam 4.17 pagi (waktu tempatan ketika ramai penduduk sedang nyenyak tidur.

Gegaran tersebut meranapkan ratusan bangunan tinggi dan terburuk sejak 1939.

Baca Lagi:
7 termasuk pegawai kanan polis bergelar ‘Datuk’ didakwa bunuh pemandu e-hailing
Penjaga gol Turki disahkan terkorban dalam tragedi gempa bumi
Sekawan burung berkelakuan pelik sebelum gempa bumi melanda Turkiye dan Syria