Bapa empat anak bawa pulang RXZ Catalyzer bernilai RM23,000 menang cabutan bertuah

Bapa empat anak bawa pulang RXZ Catalyzer bernilai RM23,000 menang cabutan bertuah

Bapa empat anak bawa pulang RXZ Catalyzer bernilai RM23,000 menang cabutan bertuah.

“Macam mimpi menang motor idaman saya selama ini,” kata Mohamad Shukri Hussin, 39, dari Kampung Paya Rajin, Jerantut selepas membawa pulang hadiah utama cabutan bertuah, RXZ Catalyzer bernilai RM23,000.

Hadiah tersebut dimenangi bapa kepada empat cahaya mata itu sempena Karnival Permotoran Dua Roda Temerloh 2023 di Dataran Temerloh di sini pada Ahad.

Bapa empat anak bawa pulang RXZ Catalyzer bernilai RM23,000 menang cabutan bertuah

Paling istimewa, hadiah itu diserahkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kepada Mohamad Shukri sendiri.

Mohamad Shukri yang bekerja sendiri memberitahu tidak akan menjual motosikal tersebut, sebaliknya ingin menggunakan untuk kegunaan sendiri.

“Rasanya ini tuah anak juga, sebab saya beli dua helai baju T termasuk untuk anak bagi cabutan bertuah ini.

“Saya sampai ke dataran pada jam 1 tengah hari bersama ahli keluarga serta rakan-rakan untuk sama-sama dengan peminat dua roda lain,” katanya lagi.

Mengakui terkejut ketika nombor dan namanya diumumkan membuatkan dirinya terkedu seketika sebelum segera naik ke pentas untuk mengambil RXZ tersebut.

“Tidak sia-sia saya menunggu hingga habis dan datang ke sini walaupun hujan, syukur dengan rezeki ini,” ujarnya.

Kira-kira 15,000 peserta memeriahkan Karnival Permotoran Dua Roda Temerloh yang julung kali diadakan di sini pada Sabtu dan Ahad lepas.

Karnival itu yang menghimpunkan ‘rider-rider’ dari seluruh negara, turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran, pertandingan pelbagai kategori jentera terbaik serta penyelenggaraan motosikal secara percuma selain persembahan artis jemputan.

Baca Lagi:
Jutawan beri ‘elaun’ kepada isteri RM1.4 juta setiap kali hamil
Wanita perli Raja Permaisuri letak belacan dalam sambal di kecam netizen
Ada ke orang buat air sirap basuh tangan?, ini penjelasan UAI
CATEGORIES