“Banyaknya duit”- Lepas beli Maxus, Noor Nabila beli Range Rover bernilai RM2.5 juta pula.
Baru beberapa bulan selepas memiliki kenderaan MPV Westar Maxus Mifa 9, nama usahawan sensasi Noor Nabila sekali lagi mencuri perhatian di media sosial selepas membeli sebuah kereta jenama mewah, Range Rover.
Menerusi hantaran video oleh pempengaruh, Rosix Omar, beliau dilihat menemani kakak kepada selebriti Neelofa itu untuk mengambil kenderaan pacuan 4 roda baharu yang sudah lama diimpikan oleh Nabila.
“Akhirnya setelah sekian lama menunggu, Bella (Nabila) dapat kereta idaman. Dia periksa dulu sebelum ambil. Hari ini, keretanya dah sedia untuk dibawa pulang,” kata Rosix.
Range Rover berwarna kelabu yang dilengkapi nombor pendaftaran eksklusif tersebut difahamkan merupakan model terbaharu yang dianggarkan bernilai sekitar RM2.5 juta.
@rosixomar25 Citer sini hbs sini!! #rosixomar ♬ original sound – Rosixomar
Semakan di ruangan komen menunjukkan ramai netizen mengucapkan tahniah dan meluahkan kekaguman terhadap kejayaan ibu kepada seorang cahaya mata itu yang berjaya memiliki kenderaan mewah tersebut.
“Banyaknya duit Bella ni, hari itu beli Maxus, ini Range Rover pula,” kata seorang netizen.
“Macam Range Rover Siti Nurhaliza, anggaran boleh cecah RM2.5 juta atau lebih. Rezeki dia, alhamdulillah,” tulis seorang netizen.
Terdapat juga netizen yang menyarankan Nabila supaya hidup bersendirian tanpa teman lelaki kerana bimbang pasangannya nanti tidak mampu mengimbangi status hidupnya.