Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM700 kepada penjawat awam dibayar April ini

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM700 kepada penjawat awam dibayar April ini

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM700 kepada penjawat awam dibayar April ini. Berita baik buat penjawat awam apabila kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 yang akan dibayar pada April ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembayaran itu termaktub kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Selain itu katanya, kerajaan juga akan menyalurkan RM350 kepada golongan pesara.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM700 kepada penjawat awam dibayar April ini

“Dalam kita melangkah ke bulan Ramadan serta bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam, kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.
“RM350 juga akan disalurkan kepada pesaraKerajaan. Insya-Allah, bayaran akan dibuat pada bulan April 2023,” katanya yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Pada masa sama, beliau memberitahu, kerajaan bersetuju untuk memberi elaun khas sebanyak RM100 sehari kepada semua ahli pasukan mencari dan penyelamat negara yang terlibat di dalam misi di Turkiye dan Syria.

“Elaun ini adalah sebagai tanda penghargaan kerajaan ke atas jasa besar yang diberikan atas nama kemanusiaan,” katanya.

Sementara itu, belaiau berkata, susulan kenaikan kadar maksimum gantian cuti rehat (GCR) daripada 160 kepada 180 hari, kerajaan berhasrat untuk meneruskan cadangan menaikkan kebenaran penebusan awal GCR sehingga 50 peratus iaitu maksimum 90 hari.

Baca Lagi:
Pelajar tikam guru wanita sampai mati selepas terdengar bisikan ‘suara halus’
Wanita terkejut bekas suami longgok duit 1 sen berjumlah RM20,544 di depan rumah
Penjenayah profesional letupkan 2 mesin ATM dalam masa lima minit, larikan RM349,000
CATEGORIES