Bantahan terhadap petisyen calon BN ditolak, mahkamah arah Hadi bayar RM20,000

Bantahan terhadap petisyen calon BN ditolak, mahkamah arah Hadi bayar RM20,000

Bantahan terhadap petisyen calon BN ditolak, mahkamah arah Hadi bayar RM20,000. Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu menolak bantahan yang dikemukakan oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang terhadap petisyen bagi membatalkan keputusan pilihan raya umum untuk Parlimen Marang.

Hakim, Datuk Hassan Abdul Ghani juga mengarahkan Hadi membayar kos RM20,000 ekoran tindakannya itu.

Sehubungan itu, Mahkamah memutuskan untuk mendengar perbicaraan penuh petisyen itu yang akan diadakan 6 hingga 21 Mac depan, lapor The Malaysian Insight.

Bantahan terhadap petisyen calon BN ditolak, mahkamah arah Hadi bayar RM20,000

Umno Terengganu memfailkan petisyen pada 3 Januari bagi membatalkan kemenangan calon Pas di tiga kerusi – Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman.

Mereka mendakwa, Pas melalui agen masing-masing memberikan rasuah kepada pengundi bagi membolehkan mereka mengundi Pas dalam PRU-15 lalu.

Petisyen difailkan oleh calon masing-masing iaitu Jasmira Othman (Marang), Mohd Zubir Embong (Kuala Terengganu) dan Ahmad Said (Kemaman).

Ahmad yang juga pengerusi Umno Terengganu mendakwa ada “bukti jelas” oleh saksi yang mendakwa menerima wang daripada PAS yang memancing undi di tiga kawasan itu.

Keputusan permohonan membatalkan petisyen bagi kerusi Kemaman akan didengar pada petang ini melalui aplikasi zoom.

Keputusan bagi petisyen untuk kerusi Kuala Terengganu akan diketahui pada 17 Februari.

Baca Lagi:
Aku menyesal suruh isteri pergi klinik sendiri sebab demam, rupanya itu kali terakhir aku jumpa isteri..
Kapal selam ‘James Bond’ bakal dilelong dengan harga RM104,998
Cara dapatkan lesen memandu, roadtax digital anda di aplikasi MyJPJ
CATEGORIES