“Bank suruh bukan kita minta” – Peniaga caj 10 sen pelanggan bayar guna QR kena serbu

“Bank suruh bukan kita minta” – Peniaga caj 10 sen pelanggan bayar guna QR kena serbu

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menyerbu premis makanan di Medan Selera Jalan Tun Ali, Kampung Morten, di sini yang didakwa mengenakan caj tambahan sebanyak satu peratus bagi penggunaan Kod Respons Pantas (QR).

Pengarahnya, Norena Jaafar berkata, serbuan kira-kira jam 10.40 pagi itu berdasarkan aduan yang diterima daripada pengguna yang mendakwa premis tersebut mengenakan caj tambahan sebanyak 10 sen bagi makanan dan minuman berharga RM3.70.

Menurutnya, pelanggan itu terpaksa membayar sejumlah RM3.80 setelah membuat bayaran menggunakan kaedah tersebut dan kerana itu KPDN telah membuka satu kertas siasatan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

"Bank suruh bukan kita minta" - Peniaga caj 10 sen pelanggan bayar guna QR kena serbu

Tambah beliau, peniaga itu memberikan alasan caj tambahan tersebut dikenakan kerana terpaksa menanggung caj perkhidmatan oleh pihak perbankan, namun siasatan mendapati ia tidak berlaku.

“Ini merupakan satu kesalahan dan kertas siasatan sedang dibuat sebelum tindakan selanjutnya malah kita mendapati tiada notis pemakluman awal.

“Perkara ini dikesan sejak awal tahun ini sekali gus menunjukkan bahawa kenaikan harga itu bukan disebabkan isu kenaikan harga diesel,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita susulan aduan itu di Kampung Morten di sini pada Rabu.

@malaysiagazette“Kalau nak bayar guna ‘scan’ (imbas kod QR), kena tambah 10 sen bagi setiap RM10 harga makanan. Kalau RM30 kena caj 30 sen sebab bank suruh bukan saya suka-suka,”. Itu alasan diberikan peniaga di Medan Selera Jalan Tun Ali, Kampung Morten di sini apabila disoal wartawan MalaysiaGazette mengenai apakah alasan dikenakan caj tambahan 10 sen untuk harga makanan RM3.70. Peniaga wanita berusia 60-an itu mendakwa, caj pembayaran 10 sen bagi setiap pembayaran RM10 menggunakan kod QR dikenakan terhadap pelanggan itu sejak dia menggunakan sistem bayaran tanpa tunai itu. #malaysiagazette #FaktaKes Video : Reza A Hamid

♬ original sound – malaysiagazette

Tambahnya, peniaga tersebut turut dikenakan kompaun RM200 kerana melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

Kata beliau, ini juga merupakan kesalahan pertama yang dikesan berlaku di negeri ini dan menegaskan kenaikan sebegini tidak boleh dijadikan alasan susulan pelaksanaan subsidi bersasar sejak awal bulan ini.

Baca Juga:
Rider berkelakuan pelik hantar makanan jam 2 pagi minta tumpang tandas, wanita minta bantuan pak guard
Heboh kad jemputan majlis pertunangan dengan Aliff Aziz, ini penjelasan Ruhainies
Tular murid sekolah rendah pergi kelas pakai kasut Nike RM4,554 buat ramai terkejut
CATEGORIES