Bank Negara Argentina cadang letak gambar Messi pada wang kertas

Bank Negara Argentina cadang letak gambar Messi pada wang kertas

Bank Negara Argentina cadang letak gambar Messi pada wang kertas. Susulan kejayaan pasukan Argentina merangkul gelaran juara Piala Dunia Qatar 2022 pada 18 Disember lalu, Bank Negara Argentina sedang dalam perbincangan untuk mencetak wajah pemain bola terkenal, Lionel Messi pada wang kertas bernilai 1,000 peso.

Dua kali rangkul anugerah ‘Golden Ball’

Bank Negara Argentina cadang letak gambar Messi pada wang kertas

Difahamkan, keputusan tersebut dibuat sebagai penghormatan serta penghargaan selepas pelbagai sumbangan besar dan bertaraf dunia yang diberikan kepada Argentina hasil usaha daripada pemain berusia 35 tahun itu.

Bukan itu saja, bintang bola sepak yang mengenakan jersi bernombor 10 itu turut mencipta sejarah dengan menjadi pemain pertama yang mendapat anugerah ‘Golden Ball’ sebanyak dua kali sepanjang beraksi dalam Piala Dunia.

Prestasi Messi sepanjang kejohanan bola sepak terbesar dunia itu turut menguatkan lagi keputusan perbincangan untuk meletakkan wajahnya pada wang kertas Argentina selain merangkul Ballon d’Or sebanyak tujuh kali.

Hanya sebagai gurauan

Bank Negara Argentina cadang letak gambar Messi pada wang kertas

Ternyata, keputusan untuk mencetak wajah pemain kegemaran ramai itu pada awalnya hanyalah sekadar gurauan yang dibuat oleh salah seorang pegawai di Bank Negara Argentina yang kemudiannya diambil serius oleh pihak bank dan mula dibincangkan sebelum bermulanya final Piala Dunia menentang Perancis.

Malah, pemilihan untuk meletakkan wajah Messi pada wang bernilai 1,000 peso juga difahamkan kerana angka ’10’ yang terdapat pada not tersebut dan begitu sinonim dengan bintang itu sendiri kerana mengenakan jersi menggunakan nombor yang sama.

Baca lagi :
Seram! Ayam kena kacau setiap malam, rupanya ‘Cik Ponti’ di tepi reban ayam
Wanita berjubah acu pisau cuba rompak kedai emas di Ayer Keroh
Pembayaran di kaunter: Paywave vs Pin kad debit, mana lebih selamat?
CATEGORIES