Bank ini telah lahirkan lebih 100 orang jadi jutawan di Malaysia, ini cara nak mohon.
Setiap tahun, Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui Sijil Simpanan Premium (SSP) sentiasa menarik perhatian apabila pemenang bertuah yang bergelar jutawan diumumkan.
Seolah-olah bulan jatuh ke riba, itulah gambaran yang sesuai bagi nasib seseorang yang berjaya memenangi Cabutan Jutawan ini. Ketika itu, pasti ramai yang ‘mengaku’ sebagai saudara atau kawan rapat dengan pelbagai cara dan telatah yang mencuit hati.
Selain itu, terdapat 10 kategori cabutan yang diperkenalkan oleh BSN SSP untuk anda menangi. Untuk merasai pengalaman cabutan bertuah ini, anda boleh mengunjungi Karnival BSN SSP yang diadakan di negeri-negeri terpilih setiap bulan.
Lebih menarik, Cabutan Jutawan bulan Disember menawarkan peluang kepada seorang pemenang untuk memenangi hadiah BSN SSP bernilai RM2,000,000!
Apakah faedah lain yang anda akan dapat jika menabung di BSN SSP? Antara faedahnya ialah anda bakal menikmati kadar keuntungan sehingga 2.50% apabila menyimpan melalui BSN SSP Platinum (save, earn and win).
Seperti kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati ganjaran menarik melalui BSN SSP. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.bsn.com.my.
Untuk pengetahuan anda, lebih daripada 100 jutawan telah dinobatkan, manakala 3 lagi jutawan bakal diumumkan dari bulan Oktober hingga Disember 2024. Mungkin rezeki anda untuk menjadi salah seorang jutawan ‘segera’. Tapi, bagaimana untuk menang? Mari lihat apa yang dilakukan oleh pemenang terdahulu sehingga berjaya meraih RM1 juta.
3 Pemenang Cabutan Jutawan Dedah ‘Rahsia’ Kepada Orang Ramai
Pada tahun 2021, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mencipta sejarah apabila dipilih menjadi jutawan. Difahamkan, remaja ini mula menyimpan dalam BSN SSP dengan bantuan ibu bapanya yang menyimpan secara konsisten untuk tujuan pendidikan.
Sementara itu, Johni Satur, seorang penoreh getah, berjaya menyimpan wang di BSN SSP menggunakan wang KWSPnya.
Bagi Mohd Nazri Abd Wazir pula, beliau telah mula menabung di BSN sejak 2003, khusus untuk tujuan kecemasan. Mohd Nazri berkata beliau memilih BSN SSP kerana tertarik dengan hadiah lumayan yang ditawarkan, serta dividen yang tinggi kepada penyimpan.
Kesimpulannya, ketiga-tiga pemenang ini menabung secara konsisten melalui BSN SSP, dan rezeki mereka tiba apabila memenangi RM1 juta melalui Cabutan Jutawan BSN SSP.
Simpan Sikit-Sikit, Lama-Lama Jadi Jutawan BSN SSP
Untuk berpeluang menjadi salah seorang jutawan BSN SSP, anda perlu membuat simpanan secara konsisten setiap bulan.
Menambah simpanan dalam akaun setiap bulan adalah perkara ‘wajib’ yang tidak boleh diabaikan. Selain itu, elakkan atau kurangkan pengeluaran wang daripada akaun BSN SSP. Jika tidak, peluang untuk menang akan berkurangan.
Namun, jangan lupa untuk mengemas kini maklumat terkini di cawangan BSN bagi memastikan anda layak menyertai cabutan istimewa seperti Cabutan Guru dan Barisan Hadapan.