Banjir Kelantan : Lelaki maut di depan anak akibat terkena renjatan elektrik

Photo of author

By Syima Iza

Banjir Kelantan : Lelaki maut di depan anak akibat terkena renjatan elektrik.

Seorang lelaki, Tuan Mohd Zakaria Tuan Ismail, dilaporkan meninggal dunia akibat renjatan elektrik selepas memegang jeriji besi pintu rumahnya yang ditenggelami banjir di Kampung Banir Belikong, Selising, Pasir Puteh, Kelantan.

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian tragis itu berlaku sekitar jam 4.30 pagi dan disaksikan oleh anak lelakinya yang berusia sembilan tahun.

Banjir Kelantan : Lelaki maut di depan anak akibat terkena renjatan elektrik

Arus elektrik dipercayai berpunca daripada plag mesin basuh berhampiran. Adik ipar mangsa, Siti Nur Aziana, memaklumkan bahawa jeriji tersebut dialiri elektrik yang menyebabkan kejadian malang itu.

“Ketika kejadian, anak saudara saya duduk di atas sofa. Abang ipar yang kebetulan mahu masuk ke dalam rumah telah memegang jeriji besi pintu,” katanya.

Tambahnya lagi, dia terdengar jeritan mangsa sebelum mangsa rebah. Anak mangsa yang berada di atas sofa segera memanggil neneknya untuk meminta pertolongan.

Hanyut Dibawa Arus Deras

Bagaimanapun, arus deras banjir di hadapan rumah telah menyebabkan mangsa dihanyutkan. Lokasi rumah yang terletak di tepi sungai serta keadaan hujan lebat pada waktu kejadian menambah kesulitan.

“Sekitar jam 6 pagi, sebaik sahaja azan Subuh berkumandang, mayat abang ipar ditemukan di tepi rumah,” tambahnya.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria, mengesahkan kejadian tersebut. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Anis untuk tindakan lanjut.

Baca Juga:
“Real Old Money”- Lelaki ini tunjuk hasil simpanan Bitcoin selama 8 tahun hampir cecah RM1 juta
Bomba ‘terakam’ imej wajah seram bertaring ketika bertugas
Cik B akhirnya beri respon selepas kecoh isu 4 buah kereta mewah milik DS Vida kena sita