Banglo milik Sajat turun harga lagi menjadi RM3.79 juta, dah 3 kali lelong masih tiada pembida

Photo of author

By Syima Iza

Banglo milik Sajat turun harga lagi menjadi RM3.79 juta, dah 3 kali lelong masih tiada pembida.

Harga kediaman mewah milik usahawan, Nur Sajat Kamaruzzaman yang dilelong bank diturunkan lagi menjadi RM 3.79 juta.

Tiada Pembida

Banglo milik Sajat turun harga lagi menjadi RM3.79 juta, dah 3 kali lelong masih tiada pembida

Menerusi hantaran seorang ejen hartanah, pengurangan itu disebabkan ketiadaan pembida bagi nilai RM4.21 juta pada Julai lalu.

“Harga jatuh lagi.
“Dulu beli RM7.5 juta. Sekarang rumah ini dilelong bank RM3.79 juta sahaja,” tulisnya.

Menurutnya, banglo dua tingkat yang terletak di Seksyen 10 Petaling Jaya itu mempunyai keluasan 11,093 kaki persegi, enam bilik dan tujuh bilik air.

Kongsinya, tarikh lelongan seterusnya pada 5 Mac 2025.

SUMBER

Baca Lagi:
Bekas isteri kahwin lain, lelaki panggil jentolak roboh rumah
Tular kisah lelaki kahwin tiga buat ramai kagum, peguam dedah kisah sebenar
Tular kisah lelaki kahwin tiga buat ramai kagum, peguam dedah kisah sebenar