Sejak berpindah dan menetap di Australia, usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat sering kali menjadi bualan netizen di media sosial. Sebelum ini, banglo milik Sajat yang terletak di Malaysia telah dilelong dengan harga RM9.5 juta.
Terbaharu, banglo dua tingkat tersebut dilelong lagi dengan potongan harga 50 peratus dari harga asal. Perkara ini dimaklumkan oleh seorang ejen hartanah di Facebook miliknya.
Harga terkini RM4.68 juta
Hantaran yang dimuat naik oleh Ishaq Marazi di platform tersebut memaparkan info lanjut mengenai banglo mewah yang terletak di Selangor Polo & Country Club, Seksyen 10, Petaling Jaya.
Rumah Nur Sajat untuk dilelong RM4.68 juta. Selepas migrate ke Australia Nur Sajat nak jual rumah ni RM9 juta. Sekarang rumah ni dilelong RM4.68 juta sahaja.
Lokasi rumah itu terletak di lot sudut dengan saiz tanah melebihi 11 ribu kaki persegi serta mempunyai enam buah bilik dan tujuh bilik mandi. Bidaan rumah tersebut akan bermula pada 13 Mei 2024, Isnin pada jam 9 pagi.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memerintahkan harta milik usahawan tersebut di situ bagi membayar ganti rugi kepada stokis utama, OWA Resources sebanyak RM200,000.
Sekadar info, pemilik asal banglo itu adalah Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruddin dan Sajat telah membelinya dengan harga RM7.5 juta pada tahun 2017.