Banglo klasik bersebelahan masjid ingin dijual RM12 juta serta tanah 1 ekar jadi bualan ramai warganet

Photo of author

By Syima Iza

Banglo klasik bersebelahan masjid ingin dijual RM12 juta serta tanah 1 ekar jadi bualan ramai warganet.

Orang dulu-dulu kata jika rumah bersebelahan masjid atau surau, banyak limpahan rahmat & berkat ‘tempias’ masuk ke dalam rumah tersebut.

Di kawasan Segambut Dalam, ada sebuah banglo klasik sedia dijual yang memenuhi idaman orang ramai yang mahu settle down dengan tenang.Menerusi satu hantaran Facebook oleh Hafizal Jamaee dalam Facebook Group Jalan Ipoh, Jalan Kuching, Kepong, Segambut, Menjalara, Desa Park City, banglo itu dijual berserta satu ekar tanah yang berkeluasan 47,770 kaki persegi.

Banglo klasik bersebelahan masjid ingin dijual RM12 juta serta tanah 1 ekar jadi bualan ramai warganet

Sementara ruangan built up pula 3,000 kaki persegi yang terdiri daripada tiga bilik tidur (semua bersaiz besar), 3 bilik air, satu bilik belajar, satu bilik berserta tandas untuk pembantu rumah dan 3 bilik stor.

Banglo di atas tanah satu ekar itu terletak di hujung persimpangan jalan, serta bersebelahan Masjid Al-Ubudiah Segambut Dalam — mudahkan penghuni rumah untuk menunaikan ibadat.

Banglo klasik bersebelahan masjid ingin dijual RM12 juta serta tanah 1 ekar jadi bualan ramai warganet 2 9

Pada masa sama, banglo itu mempunyai pelbagai jenis tanaman pokok buah-buahan. Penghuni boleh keluar rumah untuk mengambil buah, tidak perlu keluar beli di kedai.

Dengan pelbagai ‘kemudahan’ yang ada, sangat berbaloi buat siapa-siapa yang beli banglo serta tanah satu ekar berharga RM12 juta itu untuk settle down.

Baca Juga:
Sebelum tinggalkan rumah lebih sehari, anda wajib letak duit syiling dalam peti sejuk, ini sebabnya
11 senarai artis popular yang bercerai tahun 2024, no 8 paling tak sangka
Ira Kazar buat kemunculan khas menyanyi lagu ‘Jangan Kau Mimpi’ secara ‘Live’ buat ramai terkedu