Banglo bernilai RM13 juta terbakar gara-gara goreng ayam dalam garaj

Photo of author

By Syima Iza

Banglo bernilai RM13 juta terbakar gara-gara goreng ayam dalam garaj.

Sebuah banglo bernilai kira-kira AS$3 juta (RM13 juta) di negeri Connecticut musnah dalam kebakaran apabila penghuninya menggoreng ayam belanda di dalam garaj, lapor agensi berita United Press International semalam.

Dalam kejadian sekitar pukul 3.40 petang (waktu tempatan) semalam, banglo di Jalan Weston musnah dijilat api yang merebak dari garaj ke keseluruhan kediaman tersebut ketika pasukan bomba tiba.

Banglo bernilai RM13 juta terbakar gara-gara goreng ayam dalam garaj

“Apabila kami tiba, keseluruhan garaj dan belakang rumah sudah terbakar. Kira-kira satu pertiga daripada rumah itu (terbakar),” kata Ketua Balai Bomba Sukarelawan Weston, John Pokorny.

Tambahnya, kebakaran merebak dengan pantas semasa pasukan bomba berada di lokasi kejadian.

Rumah seluas 929 meter persegi itu ketika kejadian, menempatkan 25 orang yang meraikan cuti hujung tahun.

Tiada kecederaan dilaporkan, manakala semua penghuni yang berada di dalam kediaman tersebut berjaya menyelamatkan diri.

Baca Lagi:
“Hebat orang lama”- Rumah Pokwe terapung lagi buat kali yang ketiga musim banjir
Dua kubur pasangan suami isteri digali semula kerana perbezaan fahaman politik
Ramai yang tak tahu, ini penyebab utama berlakunya Monsun