Banduan pertama bergelar doktor falsafah dalam penjara dapat pengampunan dari Sultan Selangor

Photo of author

By Syima Iza

Banduan pertama bergelar doktor falsafah dalam penjara dapat pengampunan dari Sultan Selangor.

Bersempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan memberi pengampunan kepada seorang banduan yang berjaya memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pentadbiran Perniagaan semasa menjalani hukuman di penjara.

Pengampunan Sultan

Banduan pertama bergelar doktor falsafah dalam penjara dapat pengampunan dari Sultan Selangor

Menurut laporan Bernama, Jabatan Penjara Malaysia memaklumkan bahawa banduan tersebut, yang dikenali sebagai Murad (bukan nama sebenar), telah menjalani hukuman sejak tahun 2001 ketika berusia 14 tahun sebagai Tahanan Limpah Sultan (TLS) di Rawatan Pemulihan Dadah Penjara Kajang.

Murad merupakan individu pertama di bawah Jabatan Penjara Malaysia yang berjaya meraih ijazah PhD dalam bidang Pentadbiran Perniagaan selepas menyambung pelajaran ketika dalam penjara.

Waran pembebasan Murad telah dibacakan oleh Pengarah Penjara Kajang, Preshahdin Monshee, pada hari Rabu.

Nasihat dan Kesyukuran

Semasa sesi pembebasan, Preshahdin menasihatkan Murad agar sentiasa mengekalkan disiplin dan memanfaatkan ilmu yang diperoleh untuk memajukan diri.

Murad, dalam sesi tersebut, menzahirkan rasa syukur dan menjunjung kasih kepada Sultan Selangor atas pengampunan baginda. Beliau turut berterima kasih kepada Jabatan Penjara Malaysia yang telah memberikan peluang kepadanya untuk melanjutkan pengajian sehingga berjaya memperoleh PhD.

“Saya akan sentiasa mengenang jasa baik pihak jabatan. Saya percaya dengan peranan jabatan ini dalam memulihkan prospek seperti saya agar dapat kembali ke masyarakat dengan lebih baik,” kata Murad.
Baca Juga:
Jenis mangga yang popular di Malaysia, orang kata no. 3 isi sedap dan manis leting!
5 Senarai negeri di Malaysia tidak akan cuti umum Tahun Baharu pada 1 Januari 2025
Ilmu apa dia pakai? Lelaki hunus sabit halau puting beliung buat penduduk menjerit ketakutan