Balai Polis Ulu Tiram diserang lelaki bertopeng, dua anggota polis disahkan maut

Photo of author

By Syima Iza

Dua anggota polis maut, manakala seorang lagi cedera parah disyaki ditembak dan ditetak oleh seorang lelaki yang bertindak menceroboh masuk ke Balai Polis Ulu Tiram di sini, awal pagi tadi.

Lelaki yang menyerang balai tersebut turut maut akibat ditembak selepas menyerang polis.

Sumber memberitahu, kejadian tersebut berlaku pada pukul 2 pagi tadi.

Balai Polis Ulu Tiram diserang lelaki bertopeng, dua anggota polis disahkan maut

Suspek iaitu seorang lelaki yang memakai topeng dan berpakaian gelap telah menyerang balai polis berkenaan dengan bersenjatakan parang.

Suspek bertindak mencederakan dua anggota polis yang sedang bertugas, sebelum merampas dua laras senjata serta melepaskan dua das tembakan.

Tembakan itu mengena salah seorang anggota polis menyebabkannya cedera di bahu serta perut.

Mangsa yang ditembak dikenali sebagai Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, manakala yang ditetak pula adalah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar.

Baca Juga:
Wanita tak mengaku pukul ‘anu’ suami dengan kayu besbol selepas ‘kantoi’ jalin hubungan sulit dengan kekasih gelap
Kambing ragut rumput buaya ‘sambar’ buat kenduri di sungai Klebang
‘Macam upacara membela’ – Lelaki kongsi amalan keluarganya yang pelik ketika pulang berhari raya