Bakat terpendam Timbalan Menteri nyanyi lagu ‘Gemilang’ buat ramai teruja, tengok sampai habis!

Photo of author

By Syima Iza

Bakat terpendam Timbalan Menteri nyanyi lagu ‘Gemilang’ buat ramai teruja, tengok sampai habis!

Rata-rata orang ramai teruja melihat ‘bakat’ terpendam Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching, menyanyi.

Menerusi perkongsian video di TikTok miliknya itu, beliau dilihat begitu asyik mengalunkan lagu bernada tinggi nyanyian Jaclyn Victor bertajuk Gemilang, sekali gus mendapat pujian ramai.

“YB pandai nyanyi menghiburkan peminat,” puji seorang pengguna.

Bakat terpendam Timbalan Menteri nyanyi lagu 'Gemilang' buat ramai teruja, tengok sampai habis!

“Hebat YB, bakat terpendam rupanya. Mantap,” komen Abunavalofmcap.

Namun, ada dalam kalangan pengguna yang baharu ‘sedar’ bahawa Nie Ching sebenarnya hanya melakukan mimik gerak bibir (miming) sahaja selepas melihat keseluruhan video tersebut.

“Nasib baik tengok sampai habis,” ujar QwanTT.

Persembahan Nie Ching itu sebenarnya ‘dibantu’ oleh salah seorang ahli dari Pentarama Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) yang tidak diperlihatkan di awal video.

@teonieching Tengok sampai habis okie🤭 @PENTARAMAPUTRAJAYA Thanks @Wadidiana ♬ original sound – Teo Nie Ching

Menerusi TikTok Pentarama Putrajaya, video nyanyian itu membuatkan orang ramai teruja dan tidak putus-putus memuji berikutan lagu tersebut tidak mudah untuk dibawakan kerana bernada tinggi.

Baca Lagi:
Mursyidul Am Pas tegur Sanusi supaya jaga mulut di pentas politik
Penduduk gempar awan ribut menyerupai tsunami muncul utara India
Dulu kaya-raya atas sokongan isteri pertama, sekarang hidup kontraktor projek juta-juta musnah selepas kahwin 2