Setiap orang pasti mempunyai impian untuk memiliki kenderaan sendiri.
Malah, kereta mewah menjadi salah satu sasaran untuk dimiliki. Namun, semuanya terpulang kepada minat masing-masing.
Oleh kerana ianya mahal, apabila terjumpa di jalan raya pasti ada yang ingin bergambar bersama kereta tersebut.
Seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang pemilik kereta mendapat pujian ramai kerana menyantuni orang awam yang bergambar dengan keretanya. Pemilik kereta sendiri yang tolong ambilkan gambar.
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pak cik telah meminta seorang wanita untuk mengambilkan gambarnya bersama sebuah kereta mewah berjenama McLaren.
Wanita itu dengan senang hati kemudian mengambilkan gambar pak cik berkenaan. Namun, sesudah dia mengambilkan gambar, dia terus menuju ke kereta tersebut.
Rupa-rupanya dia adalah pemilik kereta berkenaan, membuatkan pak cik itu kembali dan bertanyakan soalan kepadanya.
@sitinaqiahfami Bila disuruh tangkapkan gambar😍. Ada juga paparazi Muhammad Yusuf Zakaria perasan rekod dari jauh haha. #sitcomNadi #nadilegacyconsultancy #takaful #greateasterntakaful #medicalcardterbaik #parttime #fulltime #agentgreateastern #agenttakaful #kerjaya #aia #fwd #prudential #mclaren #720s #supercar ♬ original sound – Siti Naqiah Fami