“Bagi saya 1 minggu, saya akan panggil syarikat e-hailing bincang kadar upah” – PM dengar keluhan rider e-hailing

Photo of author

By Syima Iza

“Bagi saya 1 minggu, saya akan panggil syarikat e-hailing bincang kadar upah” – PM dengar keluhan rider e-hailing.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta tempoh seminggu untuk beliau bertemu dengan semua syarikat p-hailing bagi membincangkan isu berkaitan kadar upah pengambilan dan penghantaran yang dikatakan semakin rendah.

Perdana Menteri berkata, beliau mahu mendapatkan penjelasan secara langsung daripada syarikat berkenaan berhubung situasi itu yang dilihat agak membebankan pekerja p-hailing.

"Bagi saya 1 minggu, saya akan panggil syarikat e-hailing bincang kadar upah" - PM dengar keluhan rider e-hailing

“Bagi saya seminggu, saya akan panggil semua syarikat p-hailing, saya akan jumpa di Pejabat Perdana Menteri, saya nak sampaikan pandangan saudara semua.

Beliau berkata demikian pada Sesi Temu Anwar sempena Program Himpunan Rider Madani Selangor yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan kira-kira 5,000 rider seluruh Selangor.

Anwar berkata kerajaan juga memperuntukkan RM1 juta bagi melantik sekretariat tidak rasmi untuk menyelaras isu berkaitan penghantar p-hailing dalam usaha memastikan kebajikan pekerja industri itu terus terpelihara.

“Supaya dapat program (bantuan kepada p-hailing) ini berterusan, saya tidak mahu jadi ‘one-off’ jadi untuk permulaan, jawatankuasa informal untuk menyelaras kegiatan gig rider, saya peruntukkan RM1 juta hari ini (Sabtu).

“Ini penting, kalau tidak ia jadi tak tersusun, jadi (supaya) kita tahu masalah penghantar p-hailing, masalah pinjaman, masalah kemudahan, insurans, Perkeso,” katanya.

Beliau berkata, penghantar p-hailing boleh memilih pihak bersesuaian untuk dilantik sebagai sekretariat yang bakal mewakili mereka.

Baca Lagi:
Aksi biadap The 1975: Penganjur diarah batal festival Good Vibes serta merta
Pesakit mengadu dilayan kasar oleh pegawai perubatan hospital, 2 jam menunggu di wad kecemasan tanpa dirawat
5 petani ini jadi jutawan dan paling kaya di dunia