Bagi alasan tiada air di Kedah, pasangan kekasih ditangkap khalwat

Bagi alasan tiada air di Kedah, pasangan kekasih ditangkap khalwat

Bagi alasan tiada air di Kedah, pasangan kekasih ditangkap khalwat. Seorang lelaki gagal mengaburi pihak berkuasa selepas dicekup berkhalwat dengan pasangannya di rumah sewa wanita berkenaan di Taman Sri Pinang, Kulim, Kedah.

Bagi alasan nak ambil air

Memetik laporan Harian Metro, lelaki berkenaan memberi alasan datang ke rumah teman wanitanya hanya untuk mengambil air kerana bekalan di rumahnya terputus.

Bagi alasan tiada air di Kedah, pasangan kekasih ditangkap khalwat

Menurut Pegawai Penguat kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad, pasangan itu ditangkap selepas adanya aduan dibuat orang awam mengenai kegiatan maksiat dirumah terbabit.

Hasil pemeriksaan mendapati, keadaan pintu rumah itu tertutup dan berkunci dari dalam.

Tambah Anwar lagi, pasangan itu juga gagal menunjukkan sebarang hubungan mahram atau suami isteri sehingga menimbulkan syak mereka berkhalwat.

Kedua-dua pasangan itu kemudiannya dibawa ke balai polis bagi membantu siasatan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Baca Lagi:
Ditolak sebab bakal mak mertua nak menantu kerja kerajaan, sekali wanita ini bina kejayaan mampu beli rumah sendiri dan kereta mewah
Rahsia ayah simpan ribuan ringgit selama 13 tahun terbongkar lepas anak tak sengaja pecahkan pasu hiasan di ruang tamu
Mu ambil isteri aku, aku rampas isteri mu’, kisah suami balas dendam kepada isteri lepas kantoi dengan suami orang
CATEGORIES