Bagasi Kak KM kena kopak, wang tunai RM10k dan beg bernilai RM16k lesap

Photo of author

By Syima Iza

Bagasi Kak KM kena kopak, wang tunai RM10k dan beg bernilai RM16k lesap.

Usahawan sensasi Kak KM mendakwa kerugian melebihi RM26,000 selepas bagasinya diumpil ketika dalam penerbangan dari Jakarta, Indonesia ke Kuala Lumpur, sekitar dua minggu lalu.

Pemilik nama sebenar Liana Rosli itu berkata, dia hanya menyedari kehilangan wang tunai berjumlah RM10,000 berserta tiga beg baharu berharga RM16,000 yang diletakkan dalam bagasi ketika tiba di rumah.

Bagasi Kak KM kena kopak, wang tunai RM10k dan beg bernilai RM16k lesap

“Saya memang biasa bawa wang tunai dalam ‘luggage’ sebab sebelum ini pun saya pernah simpan RM100,000 dalam beg sama ke Eropah, tapi selamat.

“Masa menunggu, kami berempat diminta masuk paling akhir walaupun dah tempah ‘hotseat’, tengok-tengok bagasi kami diletakkan di bahagian belakang kerana ruang simpanan atas kami dah penuh.

“Waktu itu kita ikut saja tanpa syak, apabila sampai rumah, saya perasan dah ada kesan manakala isinya iaitu duit serta tiga beg kantung lesap tinggal bra dan seluar dalam saja,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram Story.

Menurut anak kepada dramatis Normah Damanhuri itu, perkara yang membuatkannya bertambah marah apabila panggilan kepada syarikat penerbangan tersebut ‘dicampak’ ke sana sini.

“Apabila saya hubungi pihak terbabit, panggilan saya disambung pula ke bahagian lain yang langsung tidak diangkat.

“Saya kecewa, duit boleh kita cari tapi kepercayaan terhadap mereka (syarikat penerbangan) itu sudah tiada.

“Kalau diingat balik, memang saya pelik sebab kami menjadi penumpang akhir yang masuk pesawat selain beg diletak jauh ke belakang,” kongsinya.

Akui Kak KM, awalnya dia enggan mendedahkan insiden dilaluinya namun membuka mulut sebagai pengajaran kepada semua.

Malah ibu kepada empat anak itu turut membuat laporan polis pada pada 29 November kerana melibatkan jumlah yang besar.

Pada masa sama dia sudah mengajukan aduan rasmi serta menuntut ganti rugi andai kerugian ditanggung disebabkan kecuaian kakitangan mereka.

“Selama ini saya percayakan syarikat berkenaan, namun bagai ada yang tak kena sepanjang penerbangan lebih dua jam itu.

“Beg diumpil dengan benda tajam macam pisau, mana mungkin penumpang boleh membawa barang sebegitu naik pesawat?

“Harap ada rakama CCTV (kamera litar tertutup) sebab saya nak tahu macam mana kejadian begini boleh berlaku,” katanya.

Baca lagi:
Gadis ‘menggigil’ diganggu lelaki dalam lif, seluk tangan dalam seluar selamba raba alat sulit sendiri
3 hari menikah keluarga baru tahu rupanya menantu seorang wanita
Lebih RM138,000 tiba-tiba masuk akaun, lelaki jujur ini pulangkan semula wang kepada bank