Badan orang Korea tak berbau? Rupanya ada kaitan dengan tahi telinga

Photo of author

By Syima Iza

Badan orang Korea tak berbau? Rupanya ada kaitan dengan tahi telinga.

Biasa kita dengar, salah satu sebab badan orang Korea tak berbau adalah kerana cuaca mereka di sana yang sejuk tetapi kering. Jadi, walaupun berpeluh, mereka tiada bau badan. Lain pula dengan kita di Malaysia, kalau berpeluh je mesti badan berbau, betul tak?

Rupanya bau badan ini ada kaitan dengan keadaan tahi telinga dan satu genetik ini. Nampak tak make sense tetapi perkara ini telah diterangkan oleh seorang doktor yang bernama Dr Qarafi Tee yang mana dia memberitahu sebab kenapa ada orang yang berpeluh tetapi badan mereka tidak berbau.

Badan orang Korea tak berbau? Rupanya ada kaitan dengan tahi telinga

Tahi telinga kering atau basah?

Menurut Dr Qarafi Tee, orang yang mempunyai tahi telinga kering tidak berpotensi untuk mempunyai masalah bau badan berbanding mereka yang mempunyai tahi telinga basah. Oleh sebab itu, mereka yang mempunyai masalah bau badan perlu memakai deodarant.

Ia juga berkait rapat dengan satu genetik yang dipanggil ABCC11 yang mana mereka yang mempunyai gen tersebut tidak akan mengeluarkan bau badan.

Bau badan kita ni terjadi bila berpeluh especially bau ketiak tu, dia akan keluarkan cecair dan certain chemical. Bila benda tu in contact dengan bakteria yang memang ada pada badan, so benda tu yang menyebabkan badan kita berbau.

Lain bagi mereka yang mempunyai gen ABCC11 ini, badan mereka tidak akan mengeluarkan cecair kimia tersebut bersama air peluh. Oleh itu, badan mereka juga tidak akan berbau.

Badan orang Korea tak berbau?

@qarafitee Bau badan disebabkan genetik? Tak salah sb memang bolehh jadi. Cuba komen korang punya cair ke kering? #viral #fyp #drqarafitee #CapCut ♬ Spooky, Quiet, Scary Atmosphere Piano – Bucyrus Audio

Tambah doktor tersebut, orang yang berbangsa Korea dan Cina paling ramai mempunyai genetik ABCC11 dan disebabkan itu, mereka jarang memakai deodarant kerana badan tidak berbau.

Badan orang Korea tak berbau? Rupanya ada kaitan dengan tahi telinga

Orang Cina dan juga orang Korea yang ada genetik macam ni sebab tu jarang kita jumpa badan dia berbau atau jarang mereka pakai deodarant.

Namun, ia juga berkait rapat dengan cara pemakanan dan keadaan kesihatan yang boleh menyebabkan badan mereka berbau walaupun mempunyai genetik ABCC11.

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen boleh relate dengan apa yang dijelaskan oleh doktor tersebut.

Badan orang Korea tak berbau? Rupanya ada kaitan dengan tahi telinga

Baca Juga:
Wanita dikecam warganet gara-gara lepaskan ratusan ikan hiasan ke dalam sungai
Pemandu Uber siap guna karaoke hiburkan penumpang buat ramai terpegun
Komet ‘bertanduk’ saiz lebih besar daripada Gunung Everest sedang bergerak menghampiri Bumi