Badan dipotong 10 bahagian, ini kisah 2 pemuda tidak siuman berakhir dengan tragis.
Pada 30 Jun lalu, semasa melalui Kampung Bantar Limus, Desa Sancang, Jawa Barat, seorang penduduk bernama Nining secara tiba-tiba melihat seorang pemuda, Erus, 23 tahun, yang kurang sedarkan diri sedang mencangkung di tepi jalan.
Dari jauh, Nining menyangka Erus sedang memotong daging ayam yang disimpan dalam karung guni. Namun, ternyata yang dilihatnya itu adalah tubuh seseorang.
Penduduk sempat merakamkan kejadian dua sahabat yang dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi jalan. Pahit tetapi benar, inilah berita menyedihkan yang menjadi perhatian di Indonesia dalam beberapa hari ini.
Diketahui bahawa kedua-dua individu dalam insiden tersebut adalah sahabat, dan kedua-duanya mengalami masalah gangguan jiwa.
Sebelum kejadian tragis itu berlaku, seorang penduduk secara kebetulan merakamkan momen di mana Erus mengikat tangan rakannya sambil berjalan di tepi jalan.
Erus, yang kini ditahan di lokap, akan menjalani pemeriksaan psikiatri sekali lagi untuk mengesahkan keadaan kesihatannya. Walau bagaimanapun, penyiasatan menjadi sukar kerana suspek tidak pandai bercakap dan hanya mampu mengangguk atau tersenyum apabila diajak berkomunikasi.
Erus dipercayai makan rakannya sendiri
Dalam laporan lanjut, polis berkata suspek telah ‘memisahkan’ anggota badan rakannya kepada beberapa bahagian. Lebih mengejutkan, Erus dipercayai turut menjamah daging rakannya seperti seorang kanibal.
Alat yang digunakan Erus diperoleh dari rumah seorang tukang besi di kampung
Di sebalik jenayah yang serius ini, netizen turut menyuarakan beberapa kejanggalan. Salah satunya ialah, Erus dilihat memakai baju biru yang bersih ketika ditemui di lokasi kejadian. Walhal dalam video awal yang tular sewaktu dia membawa rakannya di pinggir jalan, suspek dilihat memakai baju hitam krim yang lusuh.