“Back to school, doakan saya” – Tunku Azizah kini bergelar mahasiswa UIAM

Photo of author

By Syima Iza

“Back to school, doakan saya” – Tunku Azizah kini bergelar mahasiswa UIAM.

Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj kembali bergelar mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada usia 64 tahun.

Baginda berkongsi berita gembira itu di laman sosial TikTok @cmspahang sambil memuat naik foto yang memaparkan baginda memegang kad pintar UIA yang tertera International Institute of Islamic Thought and Civilization.

"Back to school, doakan saya" - Tunku Azizah kini bergelar mahasiswa UIAM

“Back to school, doakan saya,” tulisnya di ruang kapsyen.

Perkongsian tersebut turut menarik perhatian warga maya yang sempat berseloroh agar baginda jangan terlambat menghantar tugasan.

Malah, ada juga yang teruja dan memberikan kata-kata semangat buat baginda.

“Tuankuuu, selamat menjadi mahasiswa IIUM. Semoga kita dapat bersua muka di mana-mana Kulliyyah nanti. Aminn..”
“Wahh, good luck Tuanku! Semoga ada rezeki kita konvo sekali. Amiin.”
“Menjadi contoh kepada anak muda di luar sana, Tuanku, untuk terus kekal bersemangat menuntut ilmu. Daulat Tuanku,” tulis seorang pengguna TikTok di ruangan komen.

Menurut informasi yang dikongsikan oleh Mingguan Wanita, baginda mendapat pendidikan menengah di Sekolah Tun Fatimah (1973-1979) sebelum melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.

Baginda kemudian menyambung pengajian di Universiti Nasional Singapura dalam bidang Sains Politik dan Sosiologi.

Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) adalah sebuah institusi penyelidikan dan pengajian pasca-sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Status institusi ini boleh dianggap elit kerana reputasinya yang tersohor di kalangan ilmuwan Islam moden, selain sumbangan ilmuwan dari seluruh dunia yang bergiat aktif di ISTAC-IIUM.

Bahkan, baginda dilantik semula sebagai Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa mulai 31 Januari lalu.

Pelantikan semula Tunku Azizah itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baca Lagi:
Doktor ajar cara paling selamat nak jadi kaya, labur RM100 boleh dapat RM100k
Wanita terkejut ingatkan kembar 3, rupanya mengandung 9 bayi
10 senarai sungai paling panjang di dunia, no.1 paling banyak sejarah