Baby Shima saman pendakwah PU Syed, Ketua Pemuda Pas Kuantan

Photo of author

By Syima Iza

Baby Shima saman pendakwah PU Syed, Ketua Pemuda Pas Kuantan.

Penyanyi lagu ‘Bang Jamal’, Baby Shima, 28, bertindak menyaman pendakwah PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Kuantan, Abd Rahman Mat Noor berkaitan ucapan kata-kata fitnah terhadapnya.

Peguam, Muhammad Noor Azfar Noor Azmi berkata pihaknya memfailkan writ saman dan penyataan tuntutan itu di Mahkamah Tinggi Malaya, Ipoh serta Mahkamah Tinggi Malaya, Kota Bharu.

Baby Shima saman pendakwah PU Syed, Ketua Pemuda Pas Kuantan

“Kedua-dua tindakan terhadap individu-individu yang dinamakan difailkan di atas kausa tindakan saman fitnah (defamation) dan ‘malicous falsehood’ di bawah undang-undang ‘tort’.

“Setakat tarikh kenyataan ini, proses penyerahan kertas-kertas kausa kepada individu-individu yang dinamakan di atas sedang dilaksanakan bagi maksud memenuhi keperluan undang-undang,” katanya.

Menurut Mohammad Noor Azfar, pihak Baby Shima tidak berhasrat untuk memberi komen lebih lanjut buat masa ini.

Langkah itu, katanya, diambil sebagai menghormati proses mahkamah serta pihak yang dinamakan belum menerima kertas-kertas kausa yang difailkan.

“Kami juga sudah menerima arahan untuk mengambil tindakan dalam masa terdekat ini terhadap beberapa individu dan syarikat lain yang terbabit menyalahgunakan nama anak guam kami bagi tujuan komersil,” katanya.

Terdahulu, Abd Rahman pernah mendakwa penyanyi berkenaan ‘menjual agama’ kerana hanya mengenakan tudung mengikut majlis tertentu.

PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak pula didakwa memfitnah dan menuduhnya tidak mengerti soal halal dan haram berhubung penganjuran sesuatu konsert.

Baca Lagi:
Wanita meraung kucing kesayangan mati ditelan ular sawa
Dari mana datang panggilan ‘Misi’ kepada jururawat di Malaysia?, ini punca sebenar yang ramai tak tahu
Video Penguatkuasa Singapura kopak kereta berpendaftaran Malaysia seludup rokok, tak sangka sebanyak ini yang ditemui