Azzahra dedah ‘sisi gelap’ ketika jadi isteri Jay Iswazir buat ramai terkejut

Photo of author

By Syima Iza

Azzahra dedah ‘sisi gelap’ ketika jadi isteri Jay Iswazir buat ramai terkejut.

Bekas isteri kepada pelakon Jay Iswazir, Azzahra Ahmad, telah mendedahkan bahawa dia mengalami trauma sepanjang dua tahun mereka bergelar suami isteri.

Dalam satu hantaran di Instagram, Azzahra menyatakan bahawa dia tidak lagi mampu menyimpan segala penderitaan yang dialaminya selama ini.

Azzahra dedah 'sisi gelap' ketika jadi isteri Jay Iswazir buat ramai terkejut

“Elok-elok aib kau terjaga tapi kali ni aku tak mampu,” tulisnya.

Azzahra turut mendakwa bahawa selepas tiga bulan mereka bernikah, dia sudah menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Lebih mengejutkan, dia mendedahkan bahawa dia dipaksa menggugurkan kandungan oleh Jay.

“Ada ke suami tergamak paksa isteri gugurkan anak sendiri? Jantan tak guna macam kau je yang sanggup perlakukan isteri kau macam tu. Sepatutnya lama dah kau kena berkas tapi sebab aku ada ehsan lagi nak jaga nama kau takut periuk nasi kau tertutup, aku tak buat report polis atas kau,” luah Azzahra.

Azzahra dedah 'sisi gelap' ketika jadi isteri Jay Iswazir buat ramai terkejut

Beliau turut memuat naik bukti berupa surat dari Unit Psikologi Kaunseling Hospital Kuala Lumpur sebagai pengesahan bahawa dia pernah mendapatkan rawatan untuk masalah tekanan akibat kejadian tersebut.

Ingin Wanita Lain Tidak Terpedaya

Azzahra dedah 'sisi gelap' ketika jadi isteri Jay Iswazir buat ramai terkejut
Azzahra menyatakan hasrat untuk memastikan tiada wanita lain yang menjadi mangsa seterusnya. Menurutnya, walaupun baru sahaja bercerai, Jay kini sudah mula mencari pasangan baharu. Beliau turut menyeru agar wanita di luar sana tidak mudah terpedaya dengan imej dan lakonan bekas suaminya yang sering meraih simpati.

“Fuh, berat dakwaan ini!”

Setakat ini, Jay Iswazir belum memberikan sebarang respons terhadap tuduhan yang dilemparkan oleh bekas isterinya.

Makluman Perpisahan

Azzahra dedah 'sisi gelap' ketika jadi isteri Jay Iswazir buat ramai terkejut

Terdahulu, pada 24 November, Azzahra memuat naik hantaran di Instagram untuk memaklumkan bahawa perkahwinannya selama dua tahun bersama Jay telah berakhir.

Semoga kedua-dua pihak menemui jalan penyelesaian terbaik untuk menguruskan isu ini.

Baca Juga:
Rezeki selepas beli rantai emas kepada isteri, lelaki menang cabutan bertuah RM4.3 juta
Honda City mangsa ‘sambung bayar’ kini dilelong RM2,000, lagi murah daripada RXZ!
Dulu jual air mangga di pasar malam, kini jadi usahawan hebat bisnes air buah