Azhar Sulaiman kongsi idea cara atasi kerosakan padang SNBJ

Azhar Sulaiman kongsi idea cara atasi kerosakan padang SNBJ

Pelakon terkenal Malaysia, Azhar Sulaiman, mengemukakan idea terbaik kepada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bagi mengatasi masalah kerosakan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dengan membina platform atau struktur jambatan di atas rumput untuk mengelak masalah yang sama berulang.

Menurutnya, perkara itu dapat memastikan tragedi rumput dan padang di SNBJ terjaga dari kerosakan setiap kali konsert berskala besar yang melibatkan artis antarabangsa diadakan.

Katanya, dengan membina platform itu, hanya sebahagian kecil padang akan rosak berbanding sebelum ini.

Azhar Sulaiman kongsi idea cara atasi kerosakan padang SNBJ

“Jadi, apa yang kita akan lakukan adalah saya menyarankan, kita buat seperti jambatan. Ada struktur, ia akan pasang setiap baris untuk menjadikan satu platform untuk duduk di atas rumput.

Seperti yang anda lihat, ia mempunyai satu, dua, tiga titik sahaja di atas rumput ini, daripada 45 meter (m) span ini (jarak dari sepakan penjuru kanan ke kiri). Jadi, bahagian ini sahaja yang akan rosak nanti. “Jadi, rumput sendiri tidak rosak.

Nanti bila dah habis, mereka tampal balik rumput itu. Jadi, rumput itu dibuka, ditanam di luar. Selepas dah habis, kita buka struktur ini. Struktur ini seperti struktur jambatan,” katanya menerusi satu video pendek di media sosial miliknya.

Jelasnya lagi, untuk memastikan keadaan rumput kekal sihat dan tidak mati begitu sahaja, di bawah platform itu nanti boleh pasang lampu UV untuk menggantikan cahaya matahari, sekali gus memberikan pencahayaan kepada rumput untuk terus kekal hijau.

Untuk makluman, Azhar Sulaiman adalah kelulusan Universiti Kingston Upon Thames London, United Kingdom (UK) dalam jurusan Sarjana Seni Bina dan sudah terbabit dalam pelbagai projek termasuk memenangi beberapa anugerah hasil sentuhan darinya.

Terdahulu, Arena Metro melaporkan bahawa kedudukan Datuk Hans Isaac selaku Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) masih terjamin sekurang-kurangnya sehingga Jun 2025.

Biarpun banyak desakan untuk menggesa personaliti terkenal itu meletakkan jawatan ekoran kegagalan mengendalikan isu padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), namun Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menegaskan bahawa perlantikan Hans adalah berdasarkan kontrak dua tahun yang dipersetujui oleh ahli lembaga perbadanan.

Baca Juga:
Peniaga menangis ekspo Baling diarah tutup gara-gara Diva AA joget ala dangdut atas pentas
Padah bercinta dengan anak murid, guru wanita sudah berkahwin ada 5 anak ‘direhatkan’
“Bila masa saya curi lagu?”- Farez Adnan nafi ciplak lagu raya Aliff Syukri
CATEGORIES